Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj beruk yg besar (bertangan panjang dan tidak berekor), Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu prb bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj logam berwarna kelabu, tung­sten. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : beruk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siamang

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai bunyi siamang kenyang.

Bermaksud :

Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan "brachiation". "Brachiation" ini adalah istilah bahasa Inggeris yang bermaksud berayun dari satu sokongan ke satu sokongan. Contoh ayat,"Siamang di dalam kawasan keliarannya bergerak secara berayun dari satu dahan ke satu dahan untuk mencari makan". Adakah istilah khusus maksud berayun dari satu sokongan ke satu sokongan yang lain? Mohon pencerahan. Terima kasihKami mencadangkan "brachiation" diterjemahkan sebagai "berayun", "berpaut" atau "brakiasi". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah26.09.2021

Kembali ke atas