Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siang] | سياڠ

Definisi : 1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siang] | سياڠ

Definisi : = ~ hari bahagian hari yg bermula dr ketika matahari terbit sehingga matahari terbenam; waktu bumi mendapat sinar matahari: ~ kita bekerja, malam kita tidur. siang-siang lebih awal atau lebih cepat drpd yg sepatutnya; tidak terlewat dr waktu yg ditentukan: Datanglah ~ supaya dpt memilih barang-barang yg baik. kesiangan terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[siang] | سياڠ

Definisi : terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). me­nyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang

Puisi
 

Malam ini merendam jagung,
     Siang besok menumbuk serai;
Malam ini kita berkampung,
     Siang besok kita bercerai.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Siang bagai hari,
     terang bagai bulan.

Bermaksud :

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
day lengthjangka siangBotaniTiadaPembahagian spesies tanaman yang bergantung kepada pengaruh jangka masa siang untuk mengeluarkan bunga. Tumbuhan dapat dibahagikan kepada lima kumpulan bergantung pada gerak balas terhadap jangka masa siang untuk berbunga, iaitu tumbuhan pendek-siang (SDP), tumbuhan panjang-siang (LDP), tumbuhan pendek-panjang siang (SLDP), tumbuhan panjang-pendek siang (LSDP) dan tumbuhan yang tidak bergantung pada jangka masa siang atau jangka masa neutral siang (DNP).
daylightsiang; cahaya siangKomunikasi MassaTiadaTiada
daylight saving noonrembang jimat siangMatematikTiadaPukul dua belas waktu jimat siang atau ketika matahari min berada di cabang atas meridian jimat siang. Summer time.
long-day plant (LDP)tumbuhan panjang-siangBotaniTiadaTumbuhan yang berbunga dengan pengaruh jangka masa siang yang panjang dari suatu tahap jangka siang yang minimum. Contohnya, kubis, barli dan gandum.
short-day plant (SDP)tumbuhan pendek-siangBotaniTiadaTumbuhan yang hanya akan berbunga dalam jangka masa yang pendek atau jangka masa siang yang kurang daripada suatu jangka masa siang yang maksimum. Contohnya, kekwa dan strawberi.
long short-day plant (LSDP)tumbuhan panjang-pendek siangBotaniTiadaTumbuhan yang dirangsang untuk berbunga dengan mendedahkannya kepada jangka masa siang yang panjang sebelum didedahkan kepada jangka masa siang yang pendek. Contohnya, tumbuhan sundal malam.
short long-day plant (SLDP)tumbuhan pendek-panjang siangBotaniTiadaTumbuhan yang dirangsang untuk berbunga dengan mendedahkan kepada jangka masa siang yang pendek sebelum didedahkan kepada jangka masa siang yang panjang. Contohnya, rumput saka di kawasan iklim sederhana.
daylightsiangPendidikanTiadaCahaya siang: Cahaya dari sumber semula jadi atau sumber buatan yang mempunyai persamaan tahap warna, dan digunakan dalam penggambaran.
daylight screenskrin cahaya siangPendidikanTiadaLayar untuk tayangan pada hari siang atau di bilik yang terang.
convertible jumperpakaian siang malamKesenianTiadaPakaian tanpa lengan yang dipakai dengan sweater atau blaus pada waktu siang dan pada waktu petangnya pula dipakai tanpa sweater atau blaus. Pakaian wanita yang popular pada awal tahun 1950-an.
12345678910...

Kembali ke atas