Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.ni.da] | سيانيدا

Definisi : sj sebatian kimia yg sangat beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sianida


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIANIDA

Sianida ialah nama garam logam yang

mengandungi kumpulan CN (atom karbon yang

terangkai kepada atom nitrogen). Natrium sianida

(NaCN) dan kalium sianida (KCN) adalah bahan

kimia industri yang penting. Kedua-duanya

digunakan dalam proses memisahkan emas dan

perak daripada bijih, dan dalam proses

pengerasan logam. Asid kuat bertindak balas

dengan logam sianida untuk membuat gas beracun

hidrogen sianida (HCN). Sianida organik adalah

nitril . Akrilonitril, yang dibuat daripada sianida,

adalah penting dalam pembuatan fabrik, plastik,

dan getah sintetik. Ahli kimia menggunakan larutan

sianida dalam elektropenyaduran dan dalam

pembuatan ubat dan lain-lain bahan kimia. Lihat

juga Asid prusik; Kebuk gas.

UMUM 
ASID PRUSIK

Asid prusik juga dikenali sebagai asid

hidrosianik . Asid prusik dipanggil asid prusik

kerana diperoleh daripada Prussia biru. Asid

prusik tulen ialah cecair yang tidak mempunyai

warna. Ia mempunyai takat didih yang rendah dan

cepat sejat pada suhu bilik. Asid ini berbau

lembut menyerupai bau badam pahit. Ia

mengganggu keupayaan tubuh dalam

penggunaan oksigen dan merupakan salah satu

bahan yang paling beracun pernah diketahui. Gas

asid hidrosianik digunakan untuk menghukum

penjenayah-penjenayah yang dijatuhi hukuman

mati. Gas ini dihasilkan apabila ketulan sodium

atau kalium sianida dimasukkan ke dalam asid

sulfurik. Asid hidrosianik juga digunakan untuk

mengawal serangga sisik pada pokok oren.

Formula kimia bagi asid ini ialah HCN.

UMUM 

Kembali ke atas