Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.ni.da] | سيانيدا

Definisi : sj sebatian kimia yg sangat beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sianida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyanidesianidaKimiaTiada1. Garam tak organik yang mengandungi ion sianida, CN‒. Sianida sangat beracun kerana keupayaan ion CN‒ nya untuk bergabung dengan ferum di dalam hemoglobin lalu menyekat pengambilan oksigen oleh arah. 2. Kompleks koordinatan logam yang terbentuk dengan ion sianida.
cyanide poisoningkeracunan sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sebatian sianida yang mungkin terkandung dalam bah an seperti min yak badam pahit, sirap ceri liar, asid prusik, asid hidrosianik, kalium sianida, dan natrium sianida. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan sebatian sianida, sianogen klorida, asetonitril dan bahan yang membebaskan ion sianida menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Keracunan kronik akibat penyedutan sianogen klorida pula menyebabkan pening, keadaan lemah, kesesakan paru-paru, kegarauan, konjunktivitis, hilang selera makan, hilang berat badan, dan kemerosotan mental. Penemuan makmal dalam keracunan sianida akut termasuklah asidosis metabolik teruk. Penemuan patologi dalam kes parah adalah tidak berciri. Bau badam pahit mungkin dikesan semasa bedah siasat.
cyanidesianidaKimiaTiada1. Garam tak organik yang mengandung ion sianida, CN-.,2. Kompleks koordinatan logam yang terbentuk dengan ion sianida.
aurocyanideaurosianidaKimiaTiadaGaram kompleks yang terbentuk melalui penyatuan sianida aurus dengan sianida lain.
cyanogeneticsianogenentikFarmasiTiadaBahan-bahan yang berupaya untuk menghasilkan sianida sebagai hidrogen sianida.
argentocyanideargentosianidaKimiaTiadaSebarang garam kompleks yang terbentuk melalui penyatuan sianida argentum dengan sianida lain.
sodium cyanide poisoningkeracunan natrium sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada natrium sianida (fonnula kimia, NaCN). Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah menurun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan dalamjumlah melebihi 22 mg/kg menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Pengingesan, penyedutan atau penyerapan kulit dalam jumlah lebih kurang 2.2 mg/kg menyebabkan pening, pernafasan cepat, muntah, muka merah, sakit kepala, mengantuk, tekanan darah menurun, nadi cepat, dan tidak sedar. Mati semasa konvulsi berlaku dalam masa 4 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan sianida dalam ubi kayu dipercayai menyebabkan neuropati ataksia tropika. Penemuan makmal dalam keracunan akut menunjukkan asidosis metabolik yang teruk. Bau badam pahit mungkin dikesan semasa autopsi. Had pendedahan ialah 0.005 mg/L.
cyanidesianidaPerubatanTiada1. Garam tak organik yang mengandung ion sianida, CN-.
cyanidesianidaPerubatanTiada1. Garam tak organik yang mengandung ion sianida, CN-.
bromobenzyl cyanide poisoningkeracunan bromobenzil sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada bromobenzil sianida yang merupakan gas pemedih mata dan digunakan sebagai kandungan agen kawalan rusuhan. Tanda utama keracunan ialah kegatalan pada kulit dan membrane mukus, dan mungkin menyebabkan kebakaran darjah kedua dan hiperpigmentasi kulit, rabun penglihatan, parut pada kornea, dan tekanan darah tinggi. Keracunan ini juga menyebabkan loya dan kerengsaan. Nilai LD50 ialah 3500 mg/m3.
123456

Kembali ke atas