Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuathal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga; sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg di­dapati bersalah, akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(124)
Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Siapa Mereka Siapa AkuNorrehan Mohd NoordinMingguan Wanita14 November 2008
Siapa pandang siapa? (Siri Lima)Faisal TehraniDewan Siswa1 September 2006
Filem: dari siapa untuk siapa?A. Rahim AbdullahWidya1 April 1984
Ketuanan politk Melayu: siapa lwn siapa?Sivamurugan PandianDewan Masyarakat1 August 2006
Kegiatan reka cipta siapa untung, siapa rugi?Noraini IbrahimDewan Masyarakat1 January 1994
Hadiah perhargaan seniman: dari siapa kepada siapa?TiadaDewan Budaya1 January 1979
Siapa Yang Lari Siapa Yang MencariHazani HarunMastika1 September 1976
Siapa yang 'meragui' siapa yang 'meragukan'?AwanDewan Siswa1 June 1989
Tak Siapa Datang, Tak Siapa PulangAjikikDewan Sastra15 August 1976
Mengukuh semula parti: siapa kawan dan siapa lawan UMNO?Hussain MohamedDewan Masyarakat1 May 2000
12345678910...

Kembali ke atas