Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuathal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga; sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg di­dapati bersalah, akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(124)
Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tewah[t:E.wAh]kata kerjabertanding, beradu, berlawan, bersaing.Demo tewah denge sapo takdi?[dE.m t:E.wAh d«.NE sA.p tA/.di]Kamu berlawan dengan siapa tadi?
gohek II[g.hE/]kata kerja1. menggunakan, memakai sesuatu (berkenaan kenderaan dan lain-lain).Mung dok gohek kreto sapo gak tu?[muN do/ g.hE/ kÄE.t sA.p gAk tu]Kamu menggunakan kereta siapa tu?
lohu[l.hu]kata adjektifterlalu masak, ranum; lebu.Pise tu lohu doh, tak dok sapo make.[pi.sE tu l.hu dh tA/ d/ sA.p mA.kE]Pisang tu dah terlalu masak, tak ada siapa makan.
kaye[kA.jE]kata nama1. menandakan sesuatu kawasan sebagai hak milik.Tepak tu ambo kaye doh, sapo pong tok leh ambek.[t«.pA/ tu Am.b kA.je dh sA.p poN t/ leh Am.be/]Tempat tu saya tanda sebagai hak milik saya, siapa pun tak boleh ambil.
sejok senyek[s«.dZo/ s«.øE/] terlalu sejuk.Nasik atah mejo tu, sejok senyek doh pasa tak dok sapo make.[nA.si/ A.tAh mE.dZ tu s«.dZo/ s«.øE/ dh pA.sA tA/ d/ sA.p mA.kE]Nasi di atas meja tu sudah terlalu sejuk kerana tak ada siapa makan.

Kembali ke atas