Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuathal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga; sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg di­dapati bersalah, akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(124)
Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rapon[ÒA.pon]kata namakelim yang berkerut, ropol.Rapon kat topi tu cantek, sapa jaet?[ÒA.pon kAt to.pi tu tSAn.te/ sA.pA dZAet]Ropol pada topi itu cantik, siapa yang menjahitnya?
awaeh[A.wAEh]kata kerjamengagihkan dan mencampurkan ramuan-ramuan masakan atau makanan.Sapa awaeh gulai ni, rasa dia sedap sunggoh.[sA.pA A.wAEh gu.lAj ni ÒA.sA di.jA s«.dAp suN.goh]Siapa yang mengagihkan dan mencampurkan ramuan-ramuan gulai ini, rasanya sungguh sedap.
   2. mengaduk dan membahagikan kad atau daun terup dalam permainan (poker, terup, ceki, jerami dan lain-lain), mengocok.Sapa kalah, dia kena cong daon trup.[sA.pA kA.lAh di.jA k«.nA tSN dAon tÒup]Siapa yang kalah dia kena mengocok daun terup.
reba[Ò«.bA]kata namabala, halangan, malapetaka.Aku dah kata jangan cari reba, la ni sapa susah?[A.ku dAh kA.tA dZA.NAn tSA.Òi Ò«.bA lA ni sA.pA su.sAh]Aku sudah beritahu jangan mencari bala, sekarang siapa yang susah?
ngok-ngok[N/.N/]kata kerjaberjalan sambil kepala tertunduk-tunduk, terbongkok-bongkok.Sapa lagi, mokalu bejalan ngok-ngok tu saheh la Tok Man Kaya![sA.pA lA.gi m.kA.lu b«.dZA.lAn N/.N/ tu sA.heh lA to/ mAn kA.jA]Siapa lagi, jika berjalan sambil kepala tertunduk-tunduk, tentulah Tok Man Kaya.
layoq[lA.j)Ö]kata adjektifmenunjuk-nunjuk diri, menyanjung-nyanjung diri, tayang diri.Jangan dok layoq kat aku, aku tau sapa hang.[dZA.NAn do/ lA.j)Ö kAt A.ku A.ku tAw sA.pA hAN]Janganlah menunjuk-nunjuk kepada saya, saya tahu siapa engkau.
dongol[d.Nl]kata adjektifberkenaan ekor, kaki, tangan dan sebagai yang terkerat, terpotong atau kudung pada hujung; dongoi.Sapa gamaknya tetak lembu tu sampai dongoi habeh ekoq dia?[sA.pA gA.mA/.øA t«.tA/ l«m.bu tu sAm.pAj d.Nl hA.beh E.kâÖ di.jA]Siapa agaknya yang tergamak menetak lembu itu hingga kudung ekornya?
dongoi[d.Nj]kata adjektifberkenaan ekor, kaki, tangan dan sebagai yang terkerat, terpotong atau kudung pada hujung; dongol.Sapa gamaknya tetak lembu tu sampai dongoi habeh ekoq dia?[sA.pA gA.mA/.øA t«.tA/ l«m.bu tu sAm.pAj d.Nj hA.beh E.kâÖ di.jA]Siapa agaknya yang tergamak menetak lembu itu hingga ekornya?

Kembali ke atas