Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuathal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga; sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg di­dapati bersalah, akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(124)
Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 
PERANG REBUT TAKHTA

Perang rebut takhta. Perang yang berpunca

daripada pertikaian terhadap siapa yang harus

menaiki (mewarisi) takhta dikenali sebagai perang

rebut takhta . Empat perbalahan penting yang

berlaku dalam sejarah Eropah yang dikenali

dengan nama tersebut, iaitu Perang Rebut Takhta

Sepanyol, Perang Rebut Takhta Poland, Perang

Rebut Takhta Austria, dan Perang Rebut Takhta

Bavaria .

UMUM 
MERKURI

Merkuri atau juga dikenali sebagai raksa ialah

unsur kimia dengan simbol Hg. Ia adalah sejenis

logam berwarna perak, dan tidak seperti logam

lain, merkuri pada suhu bilik adalah cecair.

Merkuri boleh mengalir dengan cepat dan

mudah, hinggakan ia kadangkala dikenali sebagai

perakpantas. Tiada siapa yang tahu siapa yang

menemui merkuri, tetapi orang Cina, Mesir,

Yunani, India dan Rom purba telah mengetahui

tentang logam ini. Ia dinamakan sempena nama

pengutus pantas dewa dalam mitos Rom.

UMUM 
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN

Mesin gerakan berpanjangan ialah alat

hipotetikal yang boleh secara berterusan

menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara

berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya

kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan

lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya.

Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin

gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli

sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang

akan berjaya membinanya.

UMUM 
MUTANABBIY, AL-

Mutanabbiy, al- (303 H.–354 H./915 M.–965 M.),

penyair. Nama penuhnya ialah Abu al-Tayyib

Ahmad ibn al-Husayn ibn al-Hasan ibn ‘Abd al-

Samad al-Ja‘fiy al-Kindy. Tiada siapa yang

mempertikaikan bahawa dia adalah penyair

terkemuka pada abad keempat Hijrah. Garis

keturunannya sampai kepada Kahlan di Yaman,

iaitu satu kabilah Arab yang terkenal petah

bercakap.

UMUM 
MINOTAUR

Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang

berkepalakan lembu jantan dan berbadankan

manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan

Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos

mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu

bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun

dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh

orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens

kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens

akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri

dari Labirin dengan menggunakan benang yang

diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos,

Ariadne.

UMUM 
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM 
SURAH AL-BAQARAH

Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada

surah-surah Madaniyyah, surah yang kedua

mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 286 ayat. Surah ini dinamakan al-

Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat

terbesar yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.

Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani

Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak

dapat diketahui. Mereka mengemukakan perkara

ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda

dapat mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu

Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.

supaya memerintahkan mereka menyembelih

seekor lembu betina dan memukul si mati dengan

sebahagian dagingnya. Maka, dengan izin Allah

S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu

mereka siapa pembunuhnya. Peristiwa ini menjadi

bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat

menghidupkan makhluk sesudah ia mati.

UMUM 
MITOS

MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya.  Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif.  Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak.  Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan.  Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut.

SASTERAKepercayaan
12

Kembali ke atas