Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuathal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga; sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyer­tai peraduan ini; siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg di­dapati bersalah, akan dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.pa] | سياڤا

Definisi : 1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapa

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(124)
Peribahasa

Siapa sakit,
     siapa menyiuk.

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Siapa menilai siapa dan siapa angkat siapa sekarang: panel hakimHadiah Sastera patut dirombakWahid KasranMingguan Malaysia07.04.1991
Siapa-SiapaBadaruddin H. OBerita Minggu05.07.1964
Perempuan Itu Bukan Siapa-siapaPuteri AzmiBerita Harian (Sastera dan Budaya)22.03.2001
Lima Tokoh Handalan (Dan Siapa-Siapa Lagi yang Pernah Derita)Eskimo II SandakanSabah Times08.03.1992
Siapa bela siapa?Imlan AdabiBacaria24.06.1987
Siapa gugur siapa naik dalam rombakan kabinet tidak lama lagiBaharuddin C. DUtusan Zaman08.07.1984
Siapa menang, siapa kalah? tekalahHantu RayaUtusan Melayu03.11.1980
Siapa orang siapa dalam UmnoLanang SejagatMingguan Malaysia22.10.1995
Siapa sangka, siapa menduga bawa tuahTiadaHarian Metro23.07.1991
Siapa main siapa?Kunang-kunangBerita Harian23.05.1998
12345678910...

Kembali ke atas