Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapakah

Peribahasa

Mana tali berpunca tak berhujung?

Bermaksud :

Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siapakah gerangan atau siapakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja? Yang mana satukah lebih tepat penggunaan bahasanya? Siapakah atau apakah? Mohon penjelasan. terima kasih

Jika dilihat pada konteks ayat, kedua-dua perkataan boleh digunakan secara bersilih ganti. Hal ini disebabkan kata “gerangan” bermaksud agaknya, rupanya dan barangkali yang merupakan kata yang ditambahkan pada kata tanya untuk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas.

Lain-lain14.05.2020
apakah perbezaan penggunaan di antara siapakah dan apakah? jika dalam bahasa inggeris, (what is your name? = siapakah nama anda), (who are you? = siapakah anda?), maka di manakah perbezaan?

Soalan siapakah digunakan kepada manusia, contohnya siapakah nama anda? Apakah pula digunakan untuk menanyakan nama haiwan dan sebagainya selain manusia, contohnya apakah nama kucing awak?

Tatabahasa04.10.2010
SIAPAKAH YANG MEMULAKAN BAHASA MELAYU , ADAKAH IANYA SEBELUM ZAMAN NABI ATAU KETIKA ZAMAN PURBAAsal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang juga merupakan peradaban Asia Timur sejak sepuluh ribu tahun silam.Lain-lain24.08.2023
Siapakah yang menukarkan bahasa melayu kuno kepada bahasa melayu moden?

Secara amnya, sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat penutur bahasanya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Siapakah yang patut saya hubungi jika mempunyai aduan tentang Gerbang Kata?Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Siapakah pembaca sasaran bagi terjemahan novel Salina (karya A.Samad Said) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling & Hawa Abdulllah?Karya Sasterawan Negara ialah karya besar dan pembacanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Penterjemahan novel karya Sasterawan Negara seperti SN Usman Awang dibuat bagi memenuhi kehendak kelompok tertentu seperti golongan elit yang mencintai karya sastera.Lain-lain03.12.2015
Siapakah pemenang pertandingan pidato antara institusi kewangan piala gabenor bank negara malaysia 2013?Pemenang tempat pertama hingga ketiga Pidato Biala Gabenor Bank Negara Malaysia 2013 ialah Jushua Meta anak Nully (CIMB Bank Berhad), Woon Pei Jing (Maybank) dan Anuutha Valli a/p Nadarajah (Manulife Insurance Berhad).Tatabahasa29.11.2013
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ

Selamat petang saudara,

Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri.

Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah.

Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.

Makna15.10.2012
Siapakah pengasas dewan bahasa dan pustaka?

Untuk makluman tuan,  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Lain-lain11.07.2012
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my.Lain-lain08.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas