Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.ran] | سيارن

Definisi : sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.ran] | سيارن

Definisi : sesuatu yg disiarkan atau yg dihebahkan utk pengetahuan umum: surat ~ surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rerunsiaran ulanganKomunikasiKorporatRancangan radio dan televisyen yang disiarkan semula pada waktu lain daripada masa siaran asal. Rancangan yang disiarkan adalah dalam bentuk dan sifat yang sama seperti rancangan asal. Siaran ulangan dilakukan oleh stesen siaran yang sememangnya menyediakan kemudahan tayangan semula bagi memenuhi format asal stesen berkenaan. Selain itu, siaran ulangan dilakukan untuk memenuhi permintaan khas daripada khalayak. Terdapat juga stesen yang menayangkan siaran ulangan untuk mengisi ruang siaran yang terluang kerana rancangan asal tidak dapat disiarkan. Pihak stesen siaran biasanya akan menyimpan atau mengarkibkan rancangan yang penting, istimewa, dan mendapat sambutan khalayak untuk tujuan siaran ulangan. Pengulangan siaran memberikan keuntungan kepada syarikat yang berkenaan, sama ada dari segi kos atau citra korporat.
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana bagi stesen radio bergerak kerana jumlah pendengar radio adalah tinggi dan selepas tempoh itu, jumlah khalayak mulai berkurangan sehingga pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Masa peralihan merupakan panduan kepada para pengiklan untuk membeli ruang siaran dan menentukan kos pembiayaan bagi sesuatu iklan.
total audience planperancangan khalayak seluruhKomunikasiKorporatPakej masa siaran iklan di radio dan televisyen yang dirancang dan ditawarkan kepada pengiklan. Perancangan ruang masa siaran iklan terletak pada kategori masa siaran dalam sehari, seperti masa siaran awal pagi, pagi, tengah hari, awal petang, petang, malam, dan tengah malam. Perancang masa siaran iklan di stesen berkenaan menyediakan pakej masa siaran untuk semua kategori waktu tersebut berdasarkan harga pakej yang dipilih oleh pihak pengiklan. Cara ini membolehkan sesuatu iklan menjangkau semua jenis khalayak yang terdedah kepada siaran radio dan televisyen pada sepanjang tempoh siaran.
crossover broadcastsiaran lintasKomunikasiTiadaPerubahan siaran dari studio ke tempat kejadian sesuatu peristiwa yang sedang berlaku untuk beberapa ketika, sebelum siaran berpindah semula ke studio. Biasanya, perubahan siaran ini berlaku semasa rancangan berita bagi membolehkan perkembangan terkini sesuatu peristiwa itu diperoleh.
broadcast transmitterpemancar siaranKomunikasiTiadaAlat yang digunakan untuk memancarkan siaran melalui stesen pemancar yang dihantar dalam bentuk gelombang elektromagnet dan diterima sama ada oleh alat penangkap siaran atau melalui antena penerima siaran secara langsung.
territorial broadcastsiaran kawasanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiaran yang mengandungi maklumat meteorologi dari kawasan, satu atau beberapa, negara anggota pertubuhan meteorologi sedunia dan dari kawasan laut yang sesuai. Siaran ini bertujuan untuk penerimaan di dalam kawasan asal maklumat, di satu atau lebih pusat subwilayah yang ditetapkan, dan jika mungkin, di pusat siaran wilayah yang sesuai.
broadcast chainrangkai siaranPendidikanTiadaSistem siaran televisyen atau radio yang mempunyai hubungan siaran di tempat lain.
spot broadcasting (tv)siaran setempatKomunikasiTiadaSistem siaran televisyen bagi sesebuah komuniti yang menyediakan kemudahan siaran yang sesuai dengan keperluan di tempat tersebut. Contohnya, penyiaran berita dan hal ehwal awam yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.
time discountpotongan masaKomunikasiTiadaPengurangan bayaran bagi penggunaan masa siaran yang diberikan oleh stesen penyiaran kepada organisasi awam dan syarikat pengiklanan yang kerap membeli waktu siaran di stesen penyiaran berkenaan. Pengurangan bayaran ini diberikan dalam masa siaran, sama ada di kelompok gred utama atau gred lain. Bayaran tersebut kadangkala tidak dikenakan sama sekali. Sekiranya berlaku pertindihan masa siaran iklan dalam kalangan syarikat yang membeli masa siaran, maka potongan masa juga akan diberikan kepada pengiklan yang lebih awal menempah masa siaran tersebut.
direct broadcasting satelite (DBS)satelit siaran langsung (DBS)Teknologi MaklumatTiadaSistem televisyen satelit yang membolehkan pelanggan menerima isyarat langsung dari satelit geopegun melalui antena ceper bersaiz kecil dan relatif murah yang dipasang tetap pada bumbung atau dinding rumah. Pelanggan juga memerlukan tambahan unit penyahkod transmisi (DTU) untuk membolehkan siaran tersebut dipaparkan di televisyen. Dengan demikian pelanggan hanya boleh menerima siaran dari penyedia siaran tersebut sahaja. Contohnya siaran ASTRO menggunakan sistem sedemikian.
12345678910...

Kembali ke atas