Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sah] | سياسه

Definisi : 1. pengetahuan yg bersangkutan dgn hal-hal kenegaraan (pemerintahan dll), po­litik: orang asing telah diingatkan supaya jangan mencampuri hal-hal ~ negeri kita; parti ~ parti politik; 2. kebijaksanaan (ke­bolehan, muslihat) utk mencapai sesuatu mak­sud: sekarang ia sedang mengatur ~ hendak membalas sakit hatinya; ~ perang muslihat (tipu helah) peperangan; siasat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sah] | سياسه

Definisi : pengetahuan ttg pemerintahan negara, politik dsb; siasat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siasah
Rujuk :politik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahanMakna01.08.2007

Kembali ke atas