Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sa.tan] | سياستن

Definisi : 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siasatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rangkaian kata ''melakukan siasatan'' betul atau ''menjalankan siasatan'' yang betul?
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca.

Kata melakukan pula membawa maksud menjalankan (tugas), membuat (kerja dan lain-lain), mengerjakan. Contoh ayat: Kitalah yang berdosa kerana menuduh ia melakukan perkara yang bukan-bukan. 

Berdasarkan keterangan di atas, rangkaian kata "melakukan siasatan" dan "menjalankan siasatan" mempunyai maksud yang sama dan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. 
Tatabahasa09.07.2021
mana yang betul? berdasarkan siasatan atau daripada siasatanKedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa08.03.2013
Adakah penggunaan "daripada" dalam ayat berikut adalah betul: Pembentang kes siasatan adalah pegawai daripada Jabatan Siasatan.kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan .

Pembentang kes siasatan adalah pegawai daripada Jabatan Siasatan.
Tatabahasa21.01.2013
Apakah beza penyiasatan dan siasatan? Boleh berikan contoh ayat? Mana satu betul, badan siasatan atau badan penyiasatan?

Penyiasatan bermaksud perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan. Siasatan pula bermaksud  hasil daripada menyiasat, kajian, siasat, perihal menyiasat (menyelidik). Contoh ayat: 1. Siasatan ini dijalankan dengan bertanya kepada beberapa orang   yang tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu. 2. Pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan penyiasatan tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yang hendak meminjam. Frasa yang betul ialah badan penyiasatan.

 

Tatabahasa18.07.2021
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin tahu langkah kementerian bagi memastikan kesejahteraan pekerja sosial di negara ini dan status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini. Selain daripada itu, Nancy berkata RUU PKS juga akan memperuntuk penubuhan jawatankuasa siasatan yang akan membolehkan siasatan terperinci dijalankan ke atas setiap aduan diterima. Beliau berkata fasal tersebut sekaligus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi dari tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan. Menjawab status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini, Nancy berkata hasil dapatan pelbagai sesi libaturus berterusan, draf RUU tersebut memerlukan beberapa penelitian khusus termasuk melibatkan ketetapan dasar bagi memastikan kesediaan pemakaian RUU itu setelah diluluskan kelak.

Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). 

Tatabahasa05.05.2024
ejaan inquest dalam bahasa malaysiaPadanan inquest dalam bahasa Melayu ialah inkues atau siasatan rasmi.Istilah16.06.2010
Tuan, adakah "pengisian" dapat bermaksud benda yang diisikan? Sila rujuk WordPad saya untuk lebih lanjut mengetahui siasatan saya.Pengisian bermaksud hal atau perbuatan mengisi atau mengisikan. Sebarang dapatan baharu untuk peluasan makna kata bolehlah disalurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Ketua Bahagian Perkamusan.Makna22.12.2016
Tuan, adakah sendi nama "terhadap" boleh digunakan untuk sasaran benda abstrak? Sila lihat WordPad yang terlampir oleh saya untuk mendalami pendirian dan siasatan saya. WordPad ini mengandung pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, namun saya memerlukan pendapat tuan DBP juga kerana segala pendapat daripada mana-mana ahli bahasa berguna kepada saya.DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan yang menyatakan bahawa kata sendi "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Pandangan yang lain daripada ini perlu dikemukakan terus kepada ahli bahasa atau penulis buku  tersebut.  Tatabahasa13.12.2016
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SAYA HANIS ZARIS, PEGAWAI PENGUATKUASA DARI UNIT PENGUATKUASAAN NEGERI PAHANG. PIHAK KAMI SERING MELAKUKAN TANGKAPAN DAN SITAAN JENTERA BERAT YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KERJA-KERJA TANAH DAN SEBAGAINYA(YANG SESUAI). NAMUN KAMI TIADA MAKLUMAT LENGKAP NAMA JENTERA BERAT TERSEBUT DALAM BAHASA MELAYU UNTUK DIGUNAKAN DALAM KERTAS SIASATAN. MISALNYA EXCAVATOR : JENGKAUT, BULLDOZER : ? , BACKHOE : ? , FORKLIFT : ?. JUSTERU MOHON JASA BAIK PIHAK TUAN UNTUK BERKONGSI NAMA-NAMA JENTERA BERAT YANG ADA DALAM REKOD DBP DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. TERIMA KASIH.Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. Sekiranya istilah yang dicari tidak dijumpai, tuan boleh ajukan pertanyaan kepada kami.Istilah24.10.2022
Assalammualaikum kepada pihak DBP. Saya ingin bertanya. Antara "adalah berdasarkan" dengan "ialah berdasarkan", yang manakah yang paling tepat ? Bolehkah penggunaan "berdasarkan" (tanpa kata pemeri) digunakan di tengah ayat ? Cth : Keputusan pertandingan matematik itu ditentukan "berdasarkan" syarat-syarat pertandingan tersebut. (Atau perlu tambah kata pemeri). Jawapan anda amat saya hargai.Kata kerja "berdasarkan" tidak perlu didahului kata pemeri. Contohnya, Siasatan penyelahgunaan tempat awam dilakukan oleh pihak penguat kuasa berdasarkan aduan pengadu.Tatabahasa16.06.2022
12

Kembali ke atas