Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.far] | صفر

Definisi : (angka) kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.far] | صفر

Definisi : kosong; angka kosong; 0. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sifar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIFARSifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0,
kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan
untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar
diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu
sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan
pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan,
atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka
itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus),
digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula
bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan
nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita
perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan
puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar
apabila ditambah kepada atau ditolak daripada
sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu
nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai
sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat
ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
UMUMKonsep
SIFAR MUTLAKSifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan
molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah
mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains
adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai,
bersamaan –273.15°C. Nilai ini berdasarkan
sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara
suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas
kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya
berkurangan berkadaran langsung – seolah-olah ia
akan menjadi sifar pada –273.15°C.
UMUMKonsep
PERTUMBUHAN SIFAR

Pertumbuhan sifar lihat Kadar kelahiran dan

kematian.

UMUM 
OCTILLION

Octillion. Di United Kingdom, satu octillion ialah

1 diikuti oleh 48 sifar. Di Perancis dan Amerika

Syarikat, octillion ialah 1 diikuti oleh 27 sifar. Lihat

juga Sistem perpuluhan (Sistem perpuluhan dan

bilangan nombor).

UMUM 
TITIK ISOELEKTRIKNilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
NOMBOR NISBAH

Nombor nisbah ialah sebarang nombor yang

boleh dinyatakan dalam bentuk a/b , iaitu a ialah

sebarang integer dan b ialah sebarang integer

kecuali sifar. Integer ialah nombor bulat yang lebih

besar daripada, kurang daripada, atau bersamaan

sifar. Nombor nisbah termasuk nombor positif

seperti 3/4 dan 2/3 dan nombor negatif seperti - 1/3 dan - 5/2 .

UMUM 
KEBERALIRAN LAMPAU

Keberaliran lampau ialah fenomena apabila

logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan

elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada

logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar

mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah

menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu

tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir

lampau pada suhu setinggi –148 ° C.

UMUM 
KUADRILION

Kuadrilion ialah ribu juta juta di Amerika Syarikat

dan Perancis. Maksud ini juga terpakai dalam

ensiklopedia ini. Satu kuadrilion mempunyai 15

sifar, iaitu 1 000 000 000 000 000.

UMUM 
NOMBOR OKTANA

Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan

sebaik mana bahan api motor tahan terhadap

“ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api

terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat.

Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan

membandingkan kecenderungan ketukan bahan api

dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan

dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah

campuran heptana normal (bahan api cenderung-

ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan).

Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar,

dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor

mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan

ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan

yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15

peratus heptana normal. Kebanyakan petrol

mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat

juga Petrol.

UMUM 
RUMPUT

Rumput adalah satu daripada famili yang paling

besar dan paling pelbagai dalam alam tumbuhan.

Sesetengah jenis rumput boleh didapati hampir

di semua permukaan bumi. Rumput tumbuh di

paya dan gurun; di kawasan kutub bawah sifarKembali ke atas