Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.hir] | سيحير

Definisi : perbuatan (atau kejadian) luar biasa yg dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yg melibatkan makhluk halus; menyihir 1. menggunakan sihir: dia pandai ~; 2. mengenakan sihir pd, mempesona: mengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?; menyihiri menjadikan seseorang seolah­olah terpukau (oleh seni, kecantikan dsb): manusia pd zaman itu disihiri oleh seni; menyihirkan menjadikan sesuatu sbg bahan utk membuat seseorang terpukau: di sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kpd penonton; tersihir kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau: suasana dlm bilik itu kaku, seolah­olah ~ menyaksikan drama kehidupan yg tak terduga itu; jari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip; penyihiran perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau menyihirkan; penyihir orang yg mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.hir] | سيحير

Definisi : , = ilmu ~ ilmu ghaib yg dpt menyakiti atau dpt mempesona orang: ahli (orang, tukang) ~ orang yg pandai menggunakan sihir. menyihir me­ngenakan sihir pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihir (kata nama)
Bersinonim dengan ilmu ghaib, ilmu hitam, hikmat;,
Kata Terbitan : menyihir,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sihir RinduMattaib NordinMingguan Malaysia17.12.1995
Sihir ZikirMattaib NordinMingguan Malaysia28.04.1996
"Sihir Hujan" menang di MalaysiaTiadaHarian Mimbar Umum25.11.1983
Sihir Hujan (II)S. Abdullah HamzahHarian Ekspres18.07.1987
Sihir tak dapat tandingi kuasa AllahAripin SaidUtusan Malaysia13.05.1994
'Sihir Hujan' gondol hadiah puisi terbaikTiadaBerita Harian17.11.1983
Puisi 'Sihir Hujan' menang Anugerah Putra IITiadaHarian Nasional19.04.1984
Penulis 'Sihir Hujan' menang Anugerah Puisi Putera IITiadaUtusan Malaysia02.04.1984
Menilai antologi Sihir Hujan: sajak-sajak Sapardi agak hambarAbdulaziz H. MBerita Harian12.05.1984
Disumpah Tukang SihirYulis Haji AlwiBacaria03.11.1983
12

Kembali ke atas