Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya; 2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya; 3. perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~ wanita Pakistan ter­hadap perancangan keluarga telah berubah; bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, ber­lagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ®sigap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ; ~ malam = burung (lang) ~ sj burung helang, Acupititer virgatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1 = ~ tubuh bentuk atau tokoh tubuh: ~nya tegap. 2 cara atau gaya se­seorang bergerak dll: Dia tersenyum melihat ~ anaknya menangkis pukulan itu. 3 perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakin­an dll): Bagaimana ~ mereka terhadap Ketua Pengarah ini? bersikap mempunyai sikap; berpegang pd sesuatu pendapat atau pandangan: Dia ~ acuh tak acuh apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pandangan: pendapat, sifat, resmi, resam,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, gerak-geri, rupa, tingkah laku, perangai, takah, aksi,

Kata Terbitan : bersikap,

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai kilat senja,
     bagai petir tunggal.

Bermaksud :

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
xenophobiaxenofobiaSains PolitikPolitik PerbandinganSikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid.
defeatist attitudesikap mati semangatSejarahTiadaSikap, dasar atau amalan yang mudah menyerah tanpa melawan atau berusaha untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah.
aesthetic attitudesikap estetikKesenianTiada2. Sikap yang mementingkan seni untuk seni.
attitude measurementpengukuran sikapPendidikanTiadaPenggunaan skala sikap dan ujian yang direka bentuk untuk menunjukkan trait personaliti dan temperamen seseorang.
defeatism attitudesikap mati semangatSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada sikap, dasar atau amalan yang mudah menyerah tanpa melawan atau berusaha untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah.
attitudinal goalmatlamat sikapPendidikanTiadaMatlamat berkaitan dengan perubahan sikap, dan perasaan pelajar yang perlu dicapai.
customer attitude trackingjejak sikap penggunaPentadbiranTiadaMengesan sikap pelanggan, wakil penjual, dan peserta sistem pemasaran yang lain untuk mengenal pasti kesan mereka terhadap jualan.
attitude scalepetunjuk sikapPendidikanTiadaPanduan atau rujukan untuk menilai sikap pelajar terhadap sesuatu isu.
attitude of subjects threatancaman sikap subjekPendidikanTiadaSikap subjek boleh memberi kesan kepada keesahan dalaman.
risk attitudesikap risikoPengurusanPerancanganRangsangan minda yang mempengaruhi pertimbangan dan tindak balas seseorang dalam membuat keputusan apabila menghadapi sesuatu keadaan ketidakpastian. Implikasi keputusan yang dipengaruhi oleh sikap risiko boleh membawa kesan positif atau negatif kepada sesuatu matlamat. Dalam situasi organisasi perniagaan, kesan positif bermakna keputusan yang diambil akan mendatangkan keuntungan, dan sebaliknya kesan negatif akan menyebabkan organisasi mengalami kerugian. Tiga kategori utama sikap risiko ialah mengelakkan risiko (keputusan untuk mengelakkan risiko dalam keadaan yang tidak pasti), menerima risiko (keputusan untuk menghadapi risiko dalam keadaan yang dapat dijangkakan) dan mencari risiko (berani membuat keputusan dalam keadaan yang berisiko bagi mencapai pulangan yang tinggi).
12345678910...

Kembali ke atas