Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.kat] | سيکت

Definisi : 1. alat utk menyisir rambut, sisir; 2. sj alat utk membersihkan sesuatu (diperbuat drpd bulu dll), berus: ~ gigi; ~ pakaian; 3. sj alat yg bergigi utk menggemburkan dan mem­bersihkan tanah, pencakar, penggaruk, garu; 4. tangkai (bahagian dr tandan) pisang: berapa harga pisang ini se~? bersikat telah (sudah) disisir: rambutnya ~ kemas; menyikat 1. menyisir (rambut) supaya ke­mas: ia mengeluarkan sisir lalu ~ rambutnya yg agak kusut itu; 2. membersihkan dgn sikat, memberus: gentian kapas itu disikat, dipintal dan disambung-sambungkan jadi benang; 3. menggembur dan membersihkan tanah dgn sikat (cakar): tanah itu dibajak dan disikat; 4. Id, bp menghabiskan semua sekali (me­makan hingga habis, mencuri, dll); menyikatkan menyikat utk: si ibu sedang ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kat] | سيکت

Definisi : ; pohon ~ sj tumbuhan (pokok renek), Alchornea rugosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kat] | سيکت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menge­maskan rambut; sisir. 2 alat yg dibuat drpd bulu dll utk membersihkan sesuatu; berus. 3 alat bergigi yg di­gunakan utk menggemburkan atau utk membersihkan tanah; cakar. 4 tangkai atau gugusan pisang sbg sebahagian drpd tandan; sisir. menyikat 1 mengemaskan rambut dgn sikat; menyisir. 2 membersihkan sesuatu dgn sikat; memberus. 3 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sikat; mencakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikat (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisir: serit

2. Bersinonim dengan pencakar: penggaruk, garu, sisir,

3. Bersinonim dengan tangkai pisang: sisir

Kata Terbitan : menyikat,

Puisi
 

Apa guna makan nasi,
     Ambil kulat bawa berkelah;
Apa guna menghibur hati,
     Sanggul digulung sikat belah.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mencari dalam ruangan ini makna perkataan sir untuk mengetahui lebih lanjut maksud disir. Malangnya tidak ada maksud sikat. Dalam penggunaan kami sir juga bermaksud sikat. Contoh, sikat rambut , mahupun sikat pisang. ..."cuba sir pisang tu dan bagi kat pakcik itu." Harap dapat dapat ditambah dalam entri.Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya.Makna23.11.2013
1. Adakah "sikat" dan "berus" boleh diterima sebagai kata kerja tunggal? 2. Betulkah penggunaan perkataan "sikat" dan "berus" seperti berikut: a> Anisa sikat rambutnya. b> Ali berus kasutnya. **Terima kasih**Sikat dan berus ialah kata nama am. Ayat yang betul ialah "Ali menyikat rambutnya" dan "Ali memberus kasutnya".Tatabahasa03.05.2014
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya.Tatabahasa28.07.2015
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut.Tatabahasa11.08.2014
PENJODOH BILANGAN UNTUK SIKATPenjodoh bilangan bagi sikat ialah batang. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan.Lain-lain12.04.2010
saya ingin mengetahui penjodoh bilangan bagi " sikat" rambutPenjodoh bilangan bagi sikat ialah batang. Walau bagaimanapun tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan.Lain-lain10.03.2009
APAKAH PENJODOH BILANGAN YG SESUAI UNTUK 1. SIKAT RAMBUT. 2. REBUNG (rebung yg masih di pangkal pokok buluh). Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai bagi sikat rambut dan rebung ialah batang.Tatabahasa02.09.2007
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya.Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan.Lain-lain17.01.2008

Kembali ke atas