Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata utk menjemput orang masuk, naik ke rumah dsb; sudikanlah; jemputlah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silakan

Puisi
 

Rumah Cina perabungnya lentik,
     Pelapik atas kayu cengal;
Betina mana rupanya cantik,
     Silakan dekat saya nak kenal.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Respon manakah yanh betul??? Selamat datang, Rajan. Silakan masuk. respon 1 : Baiklah, Puan Nora. respon 2 : Terima kasih, Puan Nora.Respons yang lebih sesuai:
 
"Selamat datang, Rajan. Silakan masuk."
"Terima kasih, Puan Nora."
Tatabahasa23.05.2018
Cikgu Dewan, adakah akhbar Berita Harian masih memaparkan ruang Pedoman Bahasa Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim?Ruangan ini pernah diadakan pada masa dahulu, tetapi sekarang tidak lagi.  Untuk jawapan yang lebih tepat silakan bertanya kepada Berita Harian.Lain-lain19.07.2014
Apakah beza "jemput' dengan 'sila? Adakah penggunaannya boleh ditukar ganti?Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:Makna26.07.2007
Assalamalaikum, saya perlukan bahan seperti buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah seperti yg disyaratkan untuk pertandingan bercerita sempena Hari Potensi KEMAS... harap dapat bagi info.. TK..Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan boleh jadikan e-Niaga pada laman http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman dihujung jari. Silakan pasti ada buku kanak-kanak yang sesuaiLain-lain06.03.2014
Wong Yee Fang SUN 4:46PM Wong Yee Fang Kepada Admin, Saya sedang mendirikan sebuah blog khas untuk mereka yang gemar belajar Bahasa Malaysia. Saya hendak minta keizinan Dewan Bahasa agar gunakan maklumat di Facebook Dewan Bahasa, misalnya "Peka Bahasa" dan "Lembar Bahasa" di dalam blog saya. Terima kasih.Ya silakan. Terima kasih.Lain-lain20.06.2016
Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan silaJemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:Makna29.10.2015
6.Apakah perbezaan antara perkataan “kunci” dengan “anak kunci”? Mengapakah perkataan “anak” digunakan sebelum “kunci” dan apakah maksud yang dibawa olehnya? 7.”Sebahagian daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”, “Sebilangan daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali”. Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan antara “sebilangan” dengan “sebahagian”. Bolehkah penggunaan kedua-dua perkataan tersebut ditukar ganti? 8.”Jemput datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”, ”Sila datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran”. Ayat manakah yang betul? Bolehkah “jemput” dan “sila” ditukar ganti? 9. Sila betulkan kesalahan dalam ayat berikut: “Elok agak kita ke kantin untuk membeli makanan.” 10.Apakah maksud kata ganda “tepi-tepian”? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Sila berikan contoh yang sesuai. Sila berikan tunjuk ajar. Tunjuk ajar pihak dbp amat dihargai. Terima kasih.

Jawapan

 

1.   Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci:

1.    alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci.

 

2.    Kedua-dua sebilangan dan sebahagian boleh digunakan untuk ayat tersebut. Kedua-duanya boleh ditukar ganti mengikut konteks ayat. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak.

 

3.    Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:

 

4.    Ayat yang lebih baik boleh ditulis begini: “Elok kita ke kantin untuk membeli makanan” atau “Baik kita ke kantin untuk membeli makanan”.

 

5.    Dalam data kami tiada kata ganda tepi-tepian.  Yang ada hanya tepi-tepi atau tepian sahaja.  Contoh ayat:  Batu-batu yang cantik ini dipungut di tepi-tepi sungai. Tepian bermaksud 1. tempat mandi di tepi sungai; tempat yang di tepi sesuatu (sungai, laut dan lain-lain) atau 2. bahagian tepi sesuatu benda: Lanset ialah pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yg menirus

 

Lain-lain30.10.2014

Kembali ke atas