Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silap;

Puisi
 

Kelap-kelip kunang-kunang di rimba,
     Tempat di pohon gedung;
Silap sedikit marahkan hamba,
     Di manalah tempat diri berlindung.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, hari bulan atau haribulan? Dia tidak berani bersuara, silap-silap haribulan dia yang terkena nanti.Ejaan yang betul ialah hari bulan.
Ejaan12.07.2012
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Saudara,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.  Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 

2.  Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga.

3.  Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat.   

4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah  ditampalkan pada dinding restoran itu.  Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan).   Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada  konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN.

Tatabahasa10.11.2009
Apakah perbezaan antara salah dan silap?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, salah bermaksud tidak benar atau tidak betul. Contoh ayat, Dia tidak boleh membezakan antara yang salah dan benar manakala silap pula bermaksud salah yang tidak disengajakan. Contoh ayat, Kalau saya tidak silap, semalam dia ada datang ke mari.Lain-lain14.08.2021
Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian.

1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 

2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.

Tatabahasa07.04.2017
SAYA SELAU SILAP MENGGUNAKAN PERKATAAN DI SAMAADA MELETAKANNYA JAUH @ DEKAT?Di sebagai awalan ditulis bersambung dengan kata yang mengikutinya seperti dimakan, ditulis, dibaca dsb. yang juga merupakan kata kerja pasif. Di sebagai kata sendi ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya seperti di atas, di bawah, di sana, di sini,dsb.Tatabahasa28.07.2007
Saya terbaca frasa “lain-lain NGO” dalam satu akhbar dalam talian. Frasa ini menyalahi hukum D-M. Saya tahu “lain-lain hal” silap dan yang betul ialah “hal-hal lain”. Jikalau “lain-lain NGO” ditukar menjadi “NGO-NGO lain” janggal pula bunyinya. Jikalau ditukar menjadi “NGO lain-lain” mungkin silap. Mohon bantu saya membuat keputusan yang tepat.Untuk makluman tuan, frasa yang tepat dan mengikut hukum D-M ialah NGO yang lain (Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain).Makna05.03.2009
Bolehkah perkataan 'membaham' digunakan dalam ayat di bawah? Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton.Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesuata perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Berdasarkan maksud tersebut, ayat "Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton" adalah betul.Tatabahasa26.08.2014
Perkataan mengantuk sering silap digolongkan kelas katanya.Apakah kelas kata sebenar bagi perkataan mengantuk. Jika kantuk adalah kata nama, adakahmengantuk jadi kata kerja?Uniknya bahasa Melayu kerana kelas kata boleh berubah mengikut konteks ayat. Kelas kata mengantuk ditentukan melalui konteks penggunaan seperti yang berikut:
(1) Ali berasa amat mengantuk.   (mengantuk = kata adjektif)
(2) Walaupun baru pukul 8.00 malam, Ali sudah mengantuk. (mengantuk = kata kerja).
Tatabahasa07.09.2018
Assalamualaikum, Saya telah silap memasukan nama untuk urusan pengesahan bahasa bagi pengiklanan papan iklan perniagaan. Saya masukan nama saya & hasilnya apabila sijil telah LULUS dan dikeluarkan nama saya tertera sebagai nama syarikat. Nama syarikat yang sebenar adalah MAHLIGAI CATERING SDN. BHD. Adakah kesilapan ini akan mendatangkan masalah akan datang? Urusan pendaftaran dengan MBSA maksud saya. Berikut adalah pautan sijil saya. Terima kasihSila buat permohonan baharu sekiranya tuan memerlukan sijil yang tertera nama syarikat. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan pertanyaan kepada MBSA terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada pihak MBSA menerima sijil tersebut.Lain-lain02.11.2016
Adakah tajuk artikel ini silap atau betul?Penggunaan tajuk yang betul  dalam artikel ini ialah Lelaki nyaris maut melanggar pokok  atau  Lelaki nyaris maut terlanggar pokok.Tatabahasa04.02.2021
1234567

Kembali ke atas