Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lap] | سيلڤ

Definisi : 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh men­datangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan or­ang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk pa­dahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau ku­rang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, ke­khilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lap] | سيلڤ

Definisi : 1 salah yg tidak disengajakan: Kalau saya tidak ~, semalam dia ada datang ke mari. 2 keliru pandangannya atau keliru perasaannya drpd yg se­benarnya. ~ faham tidak faham akan yg sebenarnya. ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh mendatangkan kesan yg buruk. ~ mata sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (utk membuat sesuatu yg aneh). tersilap tidak sengaja melakukan sesuatu yg salah; terkeliru. kesilapan sesuatu yg silap; kesalahan; kekeliruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,

Puisi
 

Kelap-kelip kunang-kunang di rimba,
     Tempat di pohon gedung;
Silap sedikit marahkan hamba,
     Di manalah tempat diri berlindung.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paracoustie (Bld.)silap dengarKesusasteraanTiadaKesalahan yang terjadi kerana silap dengar dalam tradisi lisan. Contoh: 1. Cerita orang yang meminta 'kuat kebal' tetapi tersilap dengar oleh hantu akhirnya diberinya 'kurap tebal'. 2. Kesilapan boleh berlaku ketika menulis cerita yang dituturkan oleh penutur secara lisan.
mistakesilapKejuruteraanTiadaTiada
misprisionsilap tanggapKesusasteraanTiadaSalah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence.
locational errorsilap letakanGeografiTiadaTiada
clerical errorsilap suntingKomunikasiTiadaTiada
clerical errorsilap suntingUndang-undangTiadaTiada
inking faultssilap mendakwatPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan cepuah atau comot yang berlaku akibat terlebih dakwat pada alat cetak.
incorrect additionsilap hitungEkonomiTiadaTiada
reading mistakesilap bacaanBiologiGenetikKesilapan penempatan sesuatu asid amino dalam rantai polipeptida semasa sintesis protein.
ghost wordkata silapKesusasteraanTiadaKata yang wujud hasil kecuaian atau kesilapan editor atau penyemak.
12345

Kembali ke atas