Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.li.kon] | سيليکون

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam yg terdapat dlm pasir, kuarza, dan granit, dan digunakan utk membuat komponen komputer, peralatan elektronik, kaca, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.li.kon] | سيليکون

Definisi : ist unsur bukan logam yg rapuh dan banyak terdapat pd kerak bumi (sering digunakan dlm perusahaan kaca, pancalogam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silikon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILIKON

Silikon ialah unsur kimia dengan simbol Si. Ia

adalah bukan logam yang keras, berwarna kelabu

tua. Silikon membentuk kira-kira 28 peratus daripada

kerak bumi dan ia adalah unsur yang kedua paling

banyak selepas oksigen. Silikon hanya wujud

berpadu dengan unsur-unsur lain, terutamanya

dengan oksigen sebagai silikon dioksida. Sebatian

ini, yang dikenali sebagai silika, ialah bahan utama

pasir. Silika juga adalah bahan utama pelbagai

mineral yang membentuk batu-batu. Mineral ini

termasuk feldspar, piroksen, dan kuarza. Lava dari

gunung berapi, terdiri daripada kebanyakannya

silikon dioksida lebur.

UMUM 
SILIKA

Silika ialah silikon dioksida, iaitu sebatian kimia

yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Formula

kimianya ialah SiO². Silika wujud banyak dalam

mineral pembentuk batu-batu yang dikenali sebagai

silikat, yang membentuk sebahagian besar daripada

kerak bumi dan mantel (lihat Bumi [Bahagian luar dan

bahagian dalam bumi]). Silikat seperti amfibol,

feldspar, mika, dan piroksen terdiri daripada silika

yang berpadu dengan pelbagai unsur kimia. Kuarza

dan beberapa mineral lain terdiri daripada

keseluruhannya silika.

UMUM 
SILIKAT

Silikat ialah mana-mana kumpulan mineral yang

mengandungi silikon, oksigen, dan satu atau lebih

unsur logam. Silikat membentuk kira-kira 95 peratus

daripada kerak bumi. Seperti kebanyakan batu-batu,

tanah terdiri daripada kebanyakannya silikat.

UMUM 
ZIRKON

Zirkon ialah mineral yang terdiri daripada

terutamanya unsur silikon, oksigen, dan zirkonium.

Ia adalah silikat dan mempunyai formula kimia

ZrSiO4.

UMUM 
KARBORUNDUM

Karborundum (formula kimia, SiC) ialah nama

dagang bagi silikon karbida, iaitu pelelas. Ia

disediakan daripada pasir dan karbon.

UMUM 
OPAL

Opal ialah batu permata yang mengandungi

warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon

dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir

biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru,

coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan

warna yang berkilauan apabila terkena cahaya

yang terang.

UMUM 
MIKA

Mika ialah nama sekumpulan mineral yang

mengandungi atom aluminium, oksigen dan

silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper.

Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia

membelah dengan licin kepingan atau lapisan

menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh,

mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak

berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau

ungu.

UMUM 
OLIVIN

Olivin ialah mana-mana kumpulan bahan mineral

pembentuk batuan yang biasa yang mengandungi

silikon, oksigen, magnesium, dan besi. Olivin

terjadi terutamanya dalam batu igneus gelap,

biasanya sebagai timbunan hablur halus atau

hablur yang tertanam. Umumnya mineral ini

merupakan salah satu mineral pertama yang

terhablur daripada magma berwarna gelap (bahan

batuan yang telah cair).

UMUM 
KACA AIR

Kaca air juga dikenali sebagai kaca terlarutkan

(formula kimia Na2SiO3), ialah sebatian bak jeli yang

terdiri daripada natrium, silikon, dan oksigen.

Nama kimianya ialah natrium silikat.

UMUM 
KUARZA

Kuarza ialah sejenis mineral yang biasa didapati

dalam berbagai-bagai jenis batuan. Kuarza tulen

tidak berwarna dan lut sinar. Ia terdiri daripada

silikon dioksida dan formula kimianya ialah SiO2.

Kuarza mempunyai banyak kegunaan penting

dalam bidang sains dan industri.

UMUM 
12

Kembali ke atas