Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.li.kon] | سيليکون

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam yg terdapat dlm pasir, kuarza, dan granit, dan digunakan utk membuat komponen komputer, peralatan elektronik, kaca, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.li.kon] | سيليکون

Definisi : ist unsur bukan logam yg rapuh dan banyak terdapat pd kerak bumi (sering digunakan dlm perusahaan kaca, pancalogam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silikon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
silicon fertilizerbaja silikonPertanianAgroteknologiBaja yang mengandungi unsur silikon larut yang dapat diserap oleh tanaman. Kebanyakan silikon yang terdapat dalam tanah terikat dengan mineral atau batuan, dan tidak dapat diserap oleh tanaman. Kajian menunjukkan bahawa penambahan baja silikon dapat memberi manfaat kepada tanaman seperti padi dan tebu dengan meningkatkan ketahanan terhadap serangan penyakit dan perosak, menguatkan batang padi, dan memberi ketahanan terhadap kemasinan tanah dan tegasan air. Silikon berfungsi mengeraskan dinding sel tumbuhan yang menjadikannya tidak mudah diserang oleh perosak dan penyakit. Antara baja yang boleh membekalkan silikon termasuk kalsium silikat dan magnesium silikat.
silicon bouleboule silikonFizikNanoteknologiJongkong silikon hablur tunggal yang dihasilkan secara sintetik. Dalam industri semikonduktor, boule silikon dapat dihasilkan menerusi beberapa cara, seperti teknik Bridgeman atau proses Czochralski. Bagi menghasilkan satu rod silinder, boule silikon biasanya dipotong menjadi wafer bulat dan digilap agar substrat sesuai sebagai peranti semikonduktor.
silicon electronicselektronik silikon (ilmu)FizikNanoteknologiBidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
silicon nanograssnanorumput silikonFizikNanoteknologiPermukaan pada wafer silikon yang apabila dicerap dengan menggunakan mikroskop elektron akan kelihatan seperti rumput bersaiz nano. Rumput silikon ini dapat dibentuk dengan pelbagai cara dan salah satunya melalui punaran plasma hidrogen. Rumput ini dapat mengawal pengaliran titisan cecair pada permukaan silikon untuk menyejukkan litar bersepadu komputer. Rumput ini juga digunakan sebagai komponen peranti komunikasi fotonik dan juga sebagai sensor.
single-nanoparticle electronic deviceperanti elektronik nanozarah tunggalFizikNanoteknologiAlat elektronik yang difabrikasi dengan menyusun blok nanozarah hablur tunggal silikon. Nanozarah silikon ini berdiameter antara 20 nm - 80 nm, berbentuk kubus dan berorientasi tinggi.
porous silicon phosphorescencependarfosfor silikon berliangFizikNanoteknologiPemancaran cahaya daripada bahan silikon berliang apabila diuja oleh sinaran elektromagnet, hentaman zarah atau kaedah lain selain pemanasan. Proses pemancaran ini berlaku sebagai kesan pengurungan kuantum ke atas elektron atau lohong dalam bahan silikon yang mempunyai liang halus bersaiz nanometer. Pendarfosfor silikon berliang dapat digunakan untuk menghasilkan peranti diod pemancar cahaya.
silicon steelkeluli silikonTeknikElektrikAloi keluli yang mengandungi 0.5 – 4.5% silikon. Histeresis dan arus pusar keluli silikon ini rendah dan sesuai digunakan dalam teras pengubah.
siliconsilikonFizikNanoteknologiUnsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410�C, suhu didih 2,355�C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik.
nanoporenanoliangFizikNanoteknologiLiang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA.
cantileverkantileverFizikNanoteknologiPalang pejal yang dapat bergetar pada satu hujung penduga yang digunakan dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bentuk kantilever bergantung pada mod pengukuran alat tersebut. Kantilever biasanya diperbuat daripada silikon (Si), silikon nitrida (SiN) atau nanotiub karbon.
12345678910...

Kembali ke atas