Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lin.der] | سيليندر

Definisi : 1. bulat torak; 2. sesuatu yg berbentuk bulat torak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lin.der] | سيليندر

Definisi : 1 benda yg berbentuk bulat panjang. 2 bentuk bulat torak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silinder


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILINDER

Silinder, dalam geometri, ialah bentuk pejal

dengan dua tapak secam yang terletak pada satah

selari. Setiap tapak dihubung oleh bucu melengkung

yang dikenali sebagai direktriks. Permukaan sisi (tepi)

silinder terdiri daripada garisan selari yang kedua-duanya bertemu

dengan setiap tapak. Sekiranya direktriks silinder itu bulatan,

bentuk tersebut dikenali sebagai silinder membulat.

Silinder membulat tegak ialah silinder bulat dengan permukaan sisi

silinder tegak yang tepat pada tapak-tapaknya.

Silinder yang permukaan sisinya tidak bersudut

tepat dikenali sebagai silinder membulat oblik.

UMUM 
OFSET

Ofset ialah proses percetakan apabila percetakan

mula-mula dilakukan di atas permukaan getah

silinder yang berputar. Teraan itu kemudian

dipindahkan ke kertas dengan tekanan silinder yang

lain. Istilah ofset menjelaskan pindahan itu, atau

pengofsetan dakwat dari satu plat cetakan kepada

getah dan kemudian kepada kertas.

UMUM 
SKRU ARCHIMEDES

Skru Archimedes ialah alat untuk menaikkan

air. Ia terdiri daripada skru atau susunan bilah yang

dilekatkan pada bahagian dalam silinder. Hujung

bawah diletakkan di dalam air. Hujung atas

mempunyai engkol yang memutarkan silinder.

Benang skru atau bilahnya dengan perlahan

menaikkan air sehingga ia mengalir keluar dari

hujung atas. Alat ini digunakan di Lembah Sungai

Nil untuk menyalirkan atau mengairkan tanah.

Sesetengah sarjana percaya bahawa ia telah direka

oleh ahli matematik Yunani purba, iaitu Archimedes.

Lihat juga Archimedes (Rekaannya); Rekaan

(Yunani Purba).

UMUM 
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM 
KIPAS BERSALUR

Kipas bersalur ialah kipas yang berpusing di

dalam peranti bak silinder yang dikenali sebagai

salur. Kipas bersalur biasanya digunakan pada

kenderaan kusyen-udara.

UMUM 
KARBURETOR

Karburetor ialah sebahagian daripada enjin

petrol. Ia membekalkan campuran wap petrol dan

udara yang dibakar di dalam silinder enjin.

UMUM 
PANCITAN BAHAN API

Pancitan bahan api ialah sistem untuk

menyuntik bahan api ke dalam silinder enjin petrol

atau diesel. Ia menggantikan karburetor apabila

digunakan pada enjin petrol.

UMUM 
ROTIFER

Rotifer ialah haiwan banyak yang halus yang

hidup dalam air. Rotifer yang terbesar kira-kira satu

milimeter panjangnya. Rotifer mempunyai badan

berbentuk silinder atau vas. Kebanyakan spesies

hidup di tasik, sungai atau anak sungai. Tetapi

sesetengahnya hidup di laut.

UMUM 
NOMBOR OKTANA

Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan

sebaik mana bahan api motor tahan terhadap

“ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api

terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat.

Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan

membandingkan kecenderungan ketukan bahan api

dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan

dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah

campuran heptana normal (bahan api cenderung-

ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan).

Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar,

dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor

mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan

ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan

yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15

peratus heptana normal. Kebanyakan petrol

mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat

juga Petrol.

UMUM 
KARTRIJ

Kartrij ialah kelongsong logam atau kertas yang

mengandungi cas letupan dan peluru atau cas

untuk letupan. Kartrij yang digunakan bagi

senapang dan mesingan ialah silinder loyang

dengan tudung tukulan di bahagian bawahnya.

UMUM 
12

Kembali ke atas