Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lin.der] | سيليندر

Definisi : 1. bulat torak; 2. sesuatu yg berbentuk bulat torak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lin.der] | سيليندر

Definisi : 1 benda yg berbentuk bulat panjang. 2 bentuk bulat torak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silinder


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cylinder blockblok silinderKejuruteraanTiadaBahagian enjin yang mengandungi silinder-silinder, dan mungkin juga jaket penyejukan air dan tempat gear injap.
radial engineenjin jejarianKejuruteraanTiadaEnjin yang terbentuk daripada silinder-silinder yang tersusun secara jejarian pada jarak yang sama di sekitar aci engkol.
petcockpili kecilKejuruteraanTiadaPili palam kecil untuk menyalirkan stim terpeluh wap daripada silinder-silinder enjin stim, atau untuk menguji aras air dalam dandang.
cylinder headkepala silinderKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian yang diletakkan di atas blok silinder dan melitupi gerek silinder serta omboh untuk membentuk kebuk pembakaran Bahagian ini juga dilengkapi sistem pengambilan, sistem ekzos dan perumah palam pencucuh. Kepala silinder juga mempunyai jaket air atau sirip pendingin untuk menyejukkannya. Bagi enjin empat lejang, kepala silinder turut dilengkapi jaket minyak untuk pelinciran rangkaian injap dan menjadi perumah rangkaian injap.
cylindrical projectionunjuran silinderGeografiTiadaUnjuran peta di mana sebuah glob seakan-akan dimasukkan ke dalam sebuah silinder, dan permukaan glob tersebut di unjurkan ke silinder tangen kepada permukaan silinder.
cylinder blockblok silinderKejuruteraan AutomotifEnjinBongkah enjin yang mengandungi satu atau lebih gerek silinder yang terletak di antara kepala silinder dengan kotak engkol. Komponen enjin seperti omboh, pelapik silinder dan pam minyak pelincir dipasang pada blok silinder untuk membentuk sebuah enjin lengkap. Sinonim blok enjin.
rotating cylinder methodkaedah silinder berputarFizikMekanikKaedah mengukur kepekatan bendalir dengan menggunakan silinder sepusat. Dalam kaedah ini, bendalir diisikan ke dalam ruang di antara silinder sepusat, dan tork pada silinder sebelah dalam diukur apabila silinder luar diputarkan dengan kelajuan yang tetap.
fireboxruang bakarKejuruteraanTiadaKawasan yang dilingkungi penutup silinder, dinding silinder dan kepala omboh bagi enjin disel suntikan terus.
cylindersilinderMatematikTiadaPepejal yang keratan rentasnya seragam dan berbentuk lengkung tertutup. Jika silinder itu mempunyai keratan rentas yang seragam dan berbentuk bulatan serta paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung, maka silinder itu disebut silinder tegak.
cylinder sleevesarung silinderKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen logam terkeras yang membentuk dinding silinder. Komponen ini mempunyai keratan rentas berbentuk paip dan dipasang dengan menekan atau menolaknya masuk ke dalam blok silinder. Sekiranya bahagian dalam dinding silinder rosak atau dimensinya perlu diubah suai bagi menggunakan omboh yang baru, sarung silinder boleh digerek semula atau digantikan dengan sarung baru. Sinonim pelapik silinder.
12345678910...

Kembali ke atas