Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.bio.sis] | سيمبيوسيس

Definisi : (Bio) perkaitan hidup antara dua spesies yg berlainan: bakteria dan ikan buntal ini hidup secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.bio.sis] | سيمبيوسيس

Definisi : ist perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simbiosis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Belakangan ini atau Kebelakangan ini? Simbiosis kemanusiaan dan teknologi atau Simbiosis kemanusiaan dengan teknologi? seMalaysia atau se-Malaysia?Jawapan yang sesuai ialah Kebelakangan ini. Ayat yang sesuai berdasarkan soalan saudara ialah simbiosis kemanusiaan dan teknologi. Namun demikian, jika terdapat kata antara pada ayat di atas, jawapan yang sesuai digunakan ialah simbiosis kemanusiaan dengan teknologi.Tatabahasa28.08.2007
maksud simbiosisIstilah dalam bidang Biologi. Bermaksud perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan.Makna27.02.2008
selamat malam, saya ingin mendapatkan maklumat mengenai maksud perkataan simbiotik, hedonisme dan mutualirisme. saya berharap pihak DBP dapat membantu. sekian, terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, 1. simbiotik ialah (bkn hubungan erat) saling ber­gantung pd satu sama lain demi faedah dan kebaikan bersama: jelas sekali wujudnya hubungan ~ antara kegiatan pertanian dgn perindustrian di Malaysia. 2. Hedonisme ialah (hédonisme) pegangan atau pan­dang­an hidup yg mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup. 3. Tiada kata mutualirisme yang terakam yang sumber rujukan kami, hanya kata mutualisme mengikut bidang geologi bermaksud kekesalingan dan mutualism mengikut bidang biologi bermaksud (kesalingan) satu bentuk simbiosis apabila kedua-dua pihak mendapat keuntungan tanpa menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak.Makna08.10.2010

Kembali ke atas