Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.mén] | سيمين

Definisi : (simén) 1. sj serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat bata atau membuat tembok; 2. campuran serbuk simen dgn pasir dan air utk membuat atau melapisi tembok dll; 3. bahan utk menampal gigi yg berlubang; 4. zat kapur yg membentuk lapisan luar gigi; bersimen dibubuh plaster Paris pd kaki tangan atau bahagian tubuh yg lain utk melindungi tulang yg retak atau patah supaya pulih: kutemui ayah yg terbaring dgn kaki kanannya ~; menyimen membubuh simen pd: pekerja­pekerja yg sedang sibuk ~ lantai rumah banglo itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.mén] | سيمين

Definisi : /simén/ 1 serbuk halus (dibuat dgn membakar batu kapur, tanah liat dll) yg setelah dibancuh dan dikeringkan, menjadi keras dan digunakan utk membuat lantai rumah dll. 2 bahan yg digunakan utk menampal gigi yg berlubang. menyimen 1 membuat lantai dsb drpd simen; memasang sesuatu dgn simen. 2 menampal (gigi) dgn simen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul? 1) Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu. 2) Kalang mencuba mengangkat bungkusan simen itu. 3) Dia mengangkat bersama-sama Haikal. 4) Dia mengangkat bersama Haikal. 5) Dia mengangkat bersama dengan Haikal. Terima kasih.1. Kalang cuba mengangkat bungkusan simen itu.
2. Ayat 3, 4, dan 5 tidak gramatis kerana tiada objek. Sekiranya ada objek, ayat 3 lebih tepat.
Tatabahasa01.04.2013
Tutupkan bahagian ini dengan bata-bata dan simen. Betul ke?Ayat yang betul ialah "Tutup bahagian ini dengan batu bata dan simen."



Lain-lain20.11.2022
SALAM SATU MALAYSIA. SAYA INGIN BERTANYAKAN BAHASA TERJEMAHAN BAGI "BATCHING PLANT" YANG SERING DIGUNA PAKAI SEBAGAI ALAT MEMBANCUH SIMEN. ADAKAH TERJEMAHAN NYA IALAH MESIN PEMBANCUH SIMEN?

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'batching plant' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan ialah loji pengelompokan.

Istilah12.10.2010
Bina dinding dari sana sampai sini dengan menggunakan bata-bata dan simen. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Bina dinding dari sana hingga ke sini dengan menggunakan batu bata dan simen."

Lain-lain20.11.2022
Bina dinding dari sana sampai ke sini dengan menggunakan bata-bata dan simen. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Bina dinding dari sana hingga ke sini dengan menggunakan batu bata dan simen."

Lain-lain20.11.2022
1.Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.. 2.banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. Minta Bantuan analisis ayat sama ada Betul Atsu Salah..tq..Kedua-dua ayat berikut betul dengan sedikit pindaan.

1. Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.
2.Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung.
Tatabahasa02.07.2013
Apakah penjodoh bilangan bagi anak patung Apakah kata kerja yang sesuai untuk orang bancuh simen dan memasang batu bataUntuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, sepasang anak patung.

Kata kerja yang sesuai ialah membancuh simen dan menyusun batu-bata.
Tatabahasa19.06.2013
pekerja itu "menyimbah" bancuhan simen ke dalam acuan. adakah "menyimbah" betul digunakan di sini? ataupun "menuang"? terima kasih.Perkataan yang tepat ialah menuang.Tatabahasa29.07.2013
Dinding rumah Pak Abu yang_____itu telah ditampal dengan simen. a. Retak b. Rekah sama ada kedua-dua jawapan ini diterima?Rekah dan retak, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa03.05.2014
Saya ingin mendapatkan khidmat penterjemahan dokumen Data Keselamatan Bahan simen daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia. Adakah pihak DBDP memberi perkhidmatan tersebut dan bagaimana prosedur serta kadar bayaran khidmat tersebut jika ada perkhidmatan sedemikian.

Saudara Vcyen,

Penterjemahan dokumen yang berbentuk teks penuh tidak dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. Walau bagaimanapun penterjemahan dokumen yang lebih berbentuk mencari padanan kata atau istilah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi  faridah@dbp.gov.my. Bagi penterjemahan dokumen berbentuk teks penuh, saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, 03-41497210, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, 03-21424381, wwwterjemah@tm.net.my.

Lain-lain08.09.2009
12

Kembali ke atas