Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.mén] | سيمين

Definisi : (simén) 1. sj serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat bata atau membuat tembok; 2. campuran serbuk simen dgn pasir dan air utk membuat atau melapisi tembok dll; 3. bahan utk menampal gigi yg berlubang; 4. zat kapur yg membentuk lapisan luar gigi; bersimen dibubuh plaster Paris pd kaki tangan atau bahagian tubuh yg lain utk melindungi tulang yg retak atau patah supaya pulih: kutemui ayah yg terbaring dgn kaki kanannya ~; menyimen membubuh simen pd: pekerja­pekerja yg sedang sibuk ~ lantai rumah banglo itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.mén] | سيمين

Definisi : /simén/ 1 serbuk halus (dibuat dgn membakar batu kapur, tanah liat dll) yg setelah dibancuh dan dikeringkan, menjadi keras dan digunakan utk membuat lantai rumah dll. 2 bahan yg digunakan utk menampal gigi yg berlubang. menyimen 1 membuat lantai dsb drpd simen; memasang sesuatu dgn simen. 2 menampal (gigi) dgn simen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simen


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
silikatsilicateSebatian yang terdiri daripada unsur silikon, oksigen dan logam, digunakan untuk membuat simen dan kaca. Contohnya, asbestos, mika dan tanah liat.Menengah Rendah
alumalumGaram sulfat berganda bagi logam seperti natrium dan kalium, digunakan sebagai bahan dalam pewarna, pengeras simen, ubat, bahan kalis api dan untuk menjernihkan air. Alum dikenali juga sebagai tawas.Menengah Rendah
kaolinkaolinSerbuk aluminium silikat yang berwarna putih dan tidak larut dalam air atau asid mineral cair. Kaolin digunakan untuk membuat lepa, simen, baja, racun serangga, dan barang seramik seperti porselin. Ia juga dikenali sebagai tanah liat Cina.Menengah Atas
kalsium karbonatcalcium carbonateBahan berbentuk pepejal berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur dan kalsit. Kalsium karbonat digunakan untuk membuat simen.Menengah Rendah
batu kapurlimestoneBatuan endapan yang terdiri daripada kalsium karbonat, terutamanya dalam bentuk hablur kalsit. Batu kapur digunakan untuk membuat kapur tohor, kapur mati dan juga digunakan dalam industri simen.Menengah Rendah
kalsium hidroksidacalcium hydroxideSebatian tak organik yang berbentuk hablur putih, larut dalam air, gliserol dan asid tetapi tidak larut dalam alkohol. Kalsium hidroksida banyak digunakan untuk membuat mortar dan simen. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur mati. Formula Ca(OH)2.Menengah Rendah

Kembali ke atas