Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,

Puisi
 

Simpang Empat sampai ke Bintung,
     Jalan melintas Utan Aji;
Kalau dapat memanglah untung,
     Kalau terlepas gigit jari.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
silangbentuk pangkah spt bentuk tanda campur (+) atau tanda darab (x). ~ empat simpang empat di jalan-jalan. ~ kata teka-teki utk mengisikan huruf-huruf tertentu di dlm petak-petak yg di­sediakan. bersilang yg satu melin­tangi yg lain keadaannya; berbentuk spt bentuk tanda campur atau tanda darab: Dia memakai lencana dua bilah keris ~. me­nyilang memotong yg lain (bkn garis, jalan dsb). silang-menyilang berselisih atau berpapasan letaknya; palang-me­malang; bersimpang-siur (bkn jalan, ken­deraan dll). menyilangi (bkn garisan) me­­lin­tasi atau memotong garisan lain. me­nyi­langkan meletak­kan atau menyusun bersilang: Dia berbaring di atas katil sambil ~ tangan ke dada. persilangan 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; per­simpangan. penyi­langan perbuatan, proses dsb menyilangi atau menyi­langkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silang1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang­-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ ber­pangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadi­kan atau meletakkan bersilang: ia pergi ber­baring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang­ siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar­-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
perapatanJw simpang empat.Kamus Dewan Edisi Keempat
perempatan1. simpang empat jalan; 2.bahagian yg terdiri drpd suku sesuatu, suku bahagian drpd sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
silang empatsimpang empat di jalan-jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silang empatsimpang empat (jalan);Kamus Dewan Edisi Keempat
bernama1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
silang~ empat simpang empat di jalan-jalan.Kamus Pelajar
membrekkanmenghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat.Kamus Dewan Edisi Keempat
berbelokbertukar atau berganti arah; berputar ke kiri atau ke kanan dr arah yg mula-mula: Apabila sampai di simpang empat, ia pun ~ ke kiri menuju ke rumah adiknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas