Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pa.ti] | سيمڤاتي

Definisi : 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, ter­utamanya apabila ditimpa kesusahan: ben­cana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pen­dapat, dsb bagi tujuan tertentu; bersimpati menunjukkan simpati, menaruh simpati: saya sangat ~ dgn nasib malang pelajar dr Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pa.ti] | سيمڤاتي

Definisi : perasaan belas atau perasaan kasihan terhadap penderitaan orang lain; rasa setuju dgn sesuatu perjuang­an dll: Kerajaan India telah menyatakan ~nya kpd rakyat Pakistan Timur. bersimpati menaruh simpati atau menaruh pe­rasaan belas kasihan; bertimbang rasa: Saya sangat ~ terhadap orang-orang yg ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpati (kata nama)
Bersinonim dengan belas kasihan, timbang rasa, syafakat, nuraga;,
Kata Terbitan : bersimpati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya mahu bertanya ayat berikut manakah yang betul? i. Perasaan simpati [akan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. ii. Perasaan simpati [dengan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iii. Perasaan simpati [terhadap] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iv. Perasaan simpati [kepada] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. Saya agak kurang pasti dengan penggunaan perkataan di dalam [ ]. Mohon beri pencerahan. Terima kasih.Kata sendi nama "akan" digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan. Contoh ayat "Kami gemar akan buah durian". 

Kata sendi "dengan" digunakan untuk:
a) membawa maksud bersama-sama atau berserta
    contoh ayat: "Saya senang sekali dengan kehadiran kamu."
b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
    contoh ayat:"Mulakan makanmu dengan bacaan doa."
c) membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu alat
    contoh ayat: "Lalang sedang ditebas dengan sabit."
d) menyatakan perbandingan yang serupa atau sama 
    contoh ayat: "Samakah mutu emas tulen dengan emas suasa."

Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Contoh ayat: "Raja itu adil terhadap rakyat negerinya."

"Kepada" ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: 
a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia 
contoh ayat: "Pemberian buku teks percuma kepada semua murid."
b) menyatakan pecahan 
contoh ayat: "Peserta kursus dibahagikan kepada tiga kumpulan."
c) menyatakan perubahan keadaan 
contoh ayat: "Ingatannya masih kepada peristiwa yang silam."

Diharap penerangan di atas dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang dikemukakan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut,  saudara juga boleh merujuk "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa25.05.2022
Jamila berasa ______ melihat keadaan neneknya. Jawapan manakah yang lebih sesuai? A.sedih B. simpati Apakah perbezaan antara 'sedih' dan 'simpati'?Jawapannya ialah berasa sedih. Sedih bermaksud berasa sangat terharu atau rawan, manakala simpati bermaksud perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan. Daripada ayat di atas tidak ada keterangan lanjut yang membolehkan penggunaan perkataan simpati kerana ayatnya umum, oleh itu perkataan sedih lebih sesuai.Tatabahasa17.07.2010
Penggunaan mana yang betul ?(simpati terhadap , pada ,dengan)Penggunaan yang betul ialah simpati terhadap. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Ali berasa simpati terhadap orang tua itu.Tatabahasa29.04.2021
simpati - kata adjektif bersimpati - kata adjektif atau kata kerja?Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, simpati ialah kata nama manakala bersimpati ialah kata kerja. Tatabahasa10.11.2010
Tuan, untuk perkataan kepadanya dan terhadapnya ada perbezaan maksudkah? contoh: (1) Azeera tetap rasa simpati kepadanya. (2) Azeera tetap rasa simpati terhadapnya.Kedua-dua ayat itu betul, kata sendi nama kepada diikuti dengan sasaran (nya) dan terhadap juga bermaksud berkenaan dan kepada.Tatabahasa18.05.2012
Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas _____ menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Apakah jawapan yang betul ?Jawapan yang betul ialah C. sambil
Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas sambil menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang.
Lain-lain16.12.2021
bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih.

 Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 

 ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa11.08.2009
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lalu atau sambil. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas __________menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Terima kasih untuk jawab soalan saya.

Jawapan untuk soalan tersebut ialah C. “sambil”. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas “sambil” menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang.

Lain-lain31.12.2021
1.Malah,kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya. 2.Salam,saya nak tanya apakah kesalahan dalam ayatdi sini?Boleh tak menggunakan ‘Yang dengan ’ bersama? 3.Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti ‘demi ’mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi,rohani,intelektual dan sosial. Perkataan kata sendi nama ‘demi’ boleh digunakan di sini?atau penggunaan ‘demi’sudah salah manakala apakah perbezaan antara bagi dengan demi 4.melahirkan perasaan simpati atau menimbulkan perasaan simpati

1. Ayat yang betul ialah: Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya dengan lembut dan sabar. 2. Kata sendi tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi. 3. Kata Penggunaan kata sendi nama “demi” dalam contoh ayat tersebut betul. Kata sendi “bagi” digunakan di hadapan frasa nama yang fungsinya menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan tertentu “bagi” boleh bervariasi dengan kata sendi nama “untuk”. Kata sendi nama “demi” pula membawa makna tujuan. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman:276-277). Perkataan “melahirkan perasaan simpati” dan “menimbulkan perasaan simpati” boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. Contohnya; i. Tuanku Permaisuri Agong melahirkan perasaan simpati baginda dengan mencemar duli membantu mangsa banjir di pusat penempatan sementara. ii. Pelbagai kisah suka duka   yang ditayangkan melalui slot Bersamamu menimbulkan perasaan simpati masyarakat untuk bersama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Tatabahasa20.01.2021
Saya sedang menterjemah satu tulisan yang banyak mempunyai perkataan "persuade" and "pre-suade". "Pre-suade" dimaksudkan sebagai proses "menyediakan" penonton terlebih dahulu dengan bahan-bahan yang akan memancing simpati mereka untuk lebih senang menerima produk/servis yang ingin ditawarkan. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan perkataan "persuasi" and "presuasi" atau "pre-suasi" dalam BM untuk mengekalkan format asal tulisan? Jika tidak, bolehkah pihak DBP memberikan cadangan perkataan lain? Terima kasih.Tiada perkataan "persuasi" dan "presuasi" dalam bahasa Melayu.

Padanan kata untuk perkataan "persuade" ialah persuasif yang bermaksud berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Mengikut data kami, istilah "moral suasion" bermaksud bujukan moral dan "role for moral suasion" ialah peranan untuk pujukan moral. Justeru itu, cadangan kata untuk "pre-suade" ialah prapujukan berdasarkan analisis data yang ada.
Lain-lain19.05.2018
12

Kembali ke atas