Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pul] | سيمڤول

Definisi : = simpulan ikatan pd tali (benang dll); tersenyum ~ tersenyum sedikit; ~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan utk menyambung dua tali yg licin; ~ belit ikatan utk mengikatkan tali pd batang; ~ buku sila simpul utk mengikat bungkusan; ~ bunga geti simpul utk menghubungkan dua tali; ~ hidup sj simpul yg mudah diurai; ~ kerusi simpul utk menurunkan orang dr tempat yg tinggi; ~ manuk simpul utk mengikatkan tali pd balak; ~ mati ikatan yg susah diurai; ~ pulih simpul utk memendekkan tali (mudah diurai); ~ sentak sj simpul yg mudah diurai (dgn menyentak); ~ tindih kasih simpul utk membuat tanjul; menyimpul 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah di­bicarakan), menggulung: ketika ~ pendapat­nya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaan­nya sekarang; menyimpulkan 1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat dsb) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pul] | سيمڤول

Definisi : , = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga men­jadi simpul. 2 memberikan isi se­suatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,

Puisi
 

Anak dara tersenyum simpul,
     Baru selesai bersanding semalam;
Parang saya memangnya tumpul,
     Tetak tak luka patah di dalam.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
simpulsimpulKesenianTiadaMengikat sendiri atau pada helaian.
slip knotsimpul hidup/simpul sentakPerikananTiadaTiada
slip knotsimpul hidup/simpul sentakKesenianTiadaTiada
simpul mata lalatsimpul mata lalatKesenianTiadaIkatan cengkam pada bingkai lazimnya seraung yang dibentuk dengan dua lilitan dan dua simpul mati.
sailor's reef knotsimpul karang kelasiKesenianTiadaSimpul dubel biasa atau simpul persegi pada tali leher kelasi tentera laut Amerika. Digunakan pada tali leher lelaki dari tahun 1870-an, dan dipopularkan semula pada 1890-an.
simpul hidupsimpul hidupKesenianTiadaSimpulan sementara untuk diurai semula.
simpul matisimpul matiKesenianTiadaSimpulan pada helaian untuk mematikan ikatan. Hujung helaian dibuat lingkaran. Bahagian terdekat helaian disusup dalam lingkaran dan ditarik.
simpul tiningkolomos (Du)simpul tiningkolomos (Du)KesenianTiadaSimpulan sementara untuk diurai semula.
cinch knotsimpul cinPerikananTiadaSimpulan yang dibuat pada mata pancing, kili atau umpan tiruan yang diikat pada tali pancing. Simpul cin merupakan simpulan yang sangat kuat dan selamat kerana dapat mengelakkan umpan tiruan, kili atau mata kail tertanggal. Sinonim simpul nelayan.
shoulder knotsimpul hias bahuKesenianTiada1. Simpul hias yang dipakai di bahu diperbuat daripada reben atau renda. Popular pada abad ke-17 dan ke-18.,2. Hiasan pasang tanggal yang terdiri daripada brid tali pintal dipakai di bahu pakaian seragam semasa upacara ketenteraan.
12345678910...

Kembali ke atas