Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : sesuatu yg disimpulkan, ikatan, simpul: buat satu ~ di hujung sehelai benang; ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yg berlainan drpd erti perkataan-perkataan yg membentuknya (spt kaki ayam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : ikatan pd tali (benang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
SIMPULAN BAHASArangkai kata yang tersimpul dalam susunan kata yang ringkas lagi padat, dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal kata yang tersusun itu.BAHASAKonsep
KAMUS SIMPULAN BAHASAKAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu.BAHASAPenerbitan
PERIBAHASA

PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus.  Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan.  Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.

SASTERAKonsep
TIGA WARNA

Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis.

Ia mempunyai warna merah, putih dan biru

dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu

digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai

1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba

ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia

meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya

sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah

dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah

warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja

berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga

warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi

bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830.

UMUM 
KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN

KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN, kamus yang dihasilkan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia Publications and Distributors, Kuala Lumpur pada tahun 1993. Buku setebal 477 halaman dan berukuran 11 cm x 8 cm ini merupakan koleksi peribahasa Melayu yang terkini dan terbaik sejak Kamus Istimewa Peribahasa (1963) dan Kamus Simpulan Bahasa (1974). Inilah dokumentasi peribahasa Melayu 30 tahun selepas merdeka. Kamus Peribahasa Lengkap Utusan (KPLU) ini mempunyai enam kelebihan berbanding dengan koleksi peribahasa yang terdahulu.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas