Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : sesuatu yg disimpulkan, ikatan, simpul: buat satu ~ di hujung sehelai benang; ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yg berlainan drpd erti perkataan-perkataan yg membentuknya (spt kaki ayam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : ikatan pd tali (benang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tibuku Kd, Mr, Tbsimpulan tali atau rotan yang dibuat sebagai pengganti surat menandakan tarikh hari sesuatu upacara (selalunya perkahwinan), setiap simpulan menandakan satu hari.Ketua rumah menghantar tibuku atau simpulan rotan ke kampung-kampung. Sesiapa yang menerima simpulan rotan yang memberitahu tarikh menghantar tajau mayat, akan menghantarkannya pula ke kampung lain dan seterusnya.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keladi lantang Ibsimpulan bahasa Iban yang bermaksud menjadi tumpuan perhatian khususnya seseorang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
simbohong libian Bj Smbentuk sanggul rambut.Rohayu mengerutkan kening, terasa ada angin menghembus dan membelai anak rambutnya yang terungkai daripada simpulan simbohong libian.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas