Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : sesuatu yg disimpulkan, ikatan, simpul: buat satu ~ di hujung sehelai benang; ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yg berlainan drpd erti perkataan-perkataan yg membentuknya (spt kaki ayam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : ikatan pd tali (benang dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sim.pu.lan] | سيمڤولن

Definisi : ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
simpulansimpulanKesenianTiadaBahagian luar pada buku simpulan lazimnya simpulan atas bingkai atau antara bingkai dengan junjung. Bukang.
double knot stitchjahit simpul dubelKesenianTiadaJahit sulam yang menghasilkan simpulan-simpulan kecil yang berangkai.
knotted lacedrenda simpulKesenianTiadaRenda yang dibuat dengan mengikat benang dengan tangan untuk menjadi simpul. Corak dibentuk daripada simpulan-simpulan tersebut. Contoh: macrame, tatting.
fast knot/overhand knotsimpul matiPerikananTiadaSimpulan yang dibuat dengan membuat satu gelung, kemudian masukkan satu hujung tali melalui gelung tersebut, dan seterusnya ditarik ketat. Teknik ini merupakan teknik simpulan yang paling mudah dalam kalangan semua jenis simpulan dan merupakan permulaan kepada simpulan-simpulan lain yang lebih sukar. Simpulan ini boleh membuatkan ikatan sukar dibuka dan boleh merosakkan serabut tali.
bukang Mel.bukang Mel.KesenianTiadaBahagian luar pada buku simpulan lazimnya simpulan atas bingkai atau antara bingkai dengan junjung.
grany knotsimpul silihPerikananTiadaSimpulan yang dibuat dengan menyimpul hujung tali sebanyak dua kali agar hujung dua tali keluar pada arah yang berlainan. Hujung dua tali pada simpulan kedua akan keluar pada arah bertentangan dengan hujung tali pada simpulan pertama. Namun, simpulan ini mudah terlucut atau mati. Oleh sebab itu, simpulan ini tidak begitu sesuai digunakan dalam amalan perkapalan.
half hitchlilitan separuhPerikananTiadaSimpulan yang dibuat dengan melakukan satu gelung mudah, selalunya mengelilingi satu objek atau batang. Simpulan ini dilakukan sebelum membuat simpulan lain.
nail knotsimpul pakuPerikananTiadaSimpulan yang dibuat untuk menyambungkan dua tali yang berlainan ketebalan garis pusat. Simpulan ini dibuat dengan menggunakan paku sebagai penggalas. Untuk membuat simpulan ini, tali layang perlu dililit pada paku dan tali utama. Kemudian, paku dikeluarkan dan tali layang serta tali utama ditarik bagi mengetatkan ikatan. Sinonim ikatan paku. Lihat juga tali layang.
cinch knotsimpul cinPerikananTiadaSimpulan yang dibuat pada mata pancing, kili atau umpan tiruan yang diikat pada tali pancing. Simpul cin merupakan simpulan yang sangat kuat dan selamat kerana dapat mengelakkan umpan tiruan, kili atau mata kail tertanggal. Sinonim simpul nelayan.
blackwall hitchlilitan silaPerikananTiadaSimpulan yang digunakan untuk mengikat seutas tali pada cangkuk untuk sementara waktu. Hujung tali yang bebas dimasukkan di celah cangkuk dan hujung tali yang satu lagi dimasukkan pula di celah cangkuk di atas hujung tali bebas tersebut. Simpulan ini boleh dipelbagaikan menjadi lilitan sila berganda yang lebih kuat untuk menampung bebanan yang lebih kuat. Simpulan ini boleh dibuka dengan mudah pada bila-bila masa.
1234

Kembali ke atas