Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yg berlainan drpd erti perkataan-perkataan yg membentuknya (spt kaki ayam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
1)simpulan bahasa untuk mengucapkan penghargaan 2)simpulan bahasa untuk kenduri di rumah kediaman sempena hari perayaan. 3)Simpulan bahasa untuk "Menjadi sebati dan meresap ke jiwa"Sekiranya tuan ingin mendapatkan simpulan bahasa yang sesuai, sila rujuk kamus peribahasa dan menyemak enteri satu demi satu, ataupun semak di PRPM dan semak satu per satu makna yang diberi sekiranya ada maklumat tentang simpulan bahasa atau kiasan. Simpulan bahasa sama seperti peribahasa disusun mengikut abjad bukan mengikut makna. Justeru, sesiapa yang memerlukan maksud yang berkenaan perlu membuat kerja rumah dengan menyemak satu per satu.Lain-lain12.09.2021
1)simpulan bahasa untuk mengucapkan penghargaan 2)simpulan bahasa untuk kenduri di rumah kediaman sempena hari perayaan 3)Simpulan bahasa untuk "Menjadi sebati dan meresap ke jiwa"Sekiranya tuan ingin mendapatkan simpulan bahasa yang sesuai, sila rujuk kamus peribahasa dan menyemak enteri satu demi satu, ataupun buat carian di PRPM dan semak satu per satu makna yang diberi sekiranya ada maklumat tentang simpulan bahasa atau kiasan. Lain-lain08.09.2021
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa? Saya dapati soalan meminta "tulis peribahasa yang sesuai", namun skema yang diberikan ialah simpulan bahasa. Bolehkah puan jelaskan? Terima kasih

PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus.  Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan. Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.


simpulan
+bahasa&d=8">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa+dan+simpulan+bahasa&d=8

Tatabahasa02.03.2016
Saya membaca sebuah kamus peribahasa yang mengandungi simpulan bahasa "sepak kertas" yang bermaksud orang yang tidak bekerja. Adakah peribahasa itu betul? Saya tudak menemui peribahas itu dalam kamus dbp,bolehkah tuan menyiasat simpulan bahasa tersebut dan menambahkan ke dalam kamus jika relevan. Simpulan bahasa "sepak kertas" boleh digunakan dalam karangan.Tidak ada maklumat tentang frasa "sepak kertas" dalam pangkalan data kami. Simpulan bahasa bukanlah rekaan baharu yang boleh ditokok tambah, bagaimanapun boleh dibentuk sebagai kata majmuk jika membawa makna yang mantap.Tatabahasa13.05.2016
Apakah perbezaan antara peribahasa dan simpulan bahasa. Tesaurus Bahasa Melayu DBP menunjukkan simpulan bahasa bukan salah satu sinonim untuk peribahasa. Tolong jangan jawab guna analogi idiom dan proverb dalam bahasa Inggeris.Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah. Manakala simpulan bahasa ialah ungkapan yg terdiri drpd 2 perkataan atau lebih dan mempunyai makna berlainan drpd erti perkatan-perkataan yg membentuknya.Makna23.07.2007
Ingin mengetahui tentang peribahasa dan simpulan bahasa, halaman yang berkaitan.

Layari www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa atau simpulan bahasa berkenaan. Saudara akan memperoleh maklumat daripada pelbagai bidang seperti kamus, istilah dan peribahasa. Untuk simpulan bahasa, klik 'peribahasa', manakala untuk simpulan bahasa lazimnya ditandakan dalam huraian makna entri kamus berkenaan.

 

Lain-lain29.04.2011
Saya ada kemuskilan mengenai penggunaan simpulan bahasa otak cair.Bolehkah otak cair digunakan untuk kata ganti nama pertama.contoh ayat saya otak cair? Terima kasihPenggunaan simpulan bahasa bukanlah secara leluasa. Dalam ayat penyata, penggunaan kata lazim lebih sesuai bagi menjelaskan maksud ayat, contohnya Saya pandai, bukan Saya otak cair. Simpulan bahasa mungkin sesuai digunakan dalam esei bagi mewujudkan variasi dalam pemilihan kata dan binaan ayat.Tatabahasa11.08.2015
Apakah maksud simpulan bahasa durian tunggalTidak ada simpulan bahasa durian tunggal.  Yang ada, "Dapat durian runtuh".  Durian tunggal ialah nama sebuah tempat di Melaka.Makna18.07.2016
Yang manakah simpulan bahasa yang betul? (a) manis muka (b) muka manisSimpulan bahasa  muka manis bermaksud rupa muka yg menarik.Tatabahasa05.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas