Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.na.ran] | سينرن

Definisi : 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.na.ran] | سينرن

Definisi : pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diffraction patternpola pembelauanGeologiTiadaCorak gangguan garisan yang diperoleh apabila gelombang sinaran, seperti sinaran-x, sinaran cahaya atau sinaran zarah, melalui satu lubang kecil atau tepi sesuatu zarah.
radiologyradiologiKejuruteraanTiadaSains dan penggunaan sinar-X, sinar-gama dan sinaran-sinaran pengionan menusuk yang lain.
radiant powerpunca sinaran;kuasa sinaranKejuruteraanTiadaKuasa yang dipancar, dipindah atau diterima dalam bentuk sinaran.
radiation pyrometerpirometer sinaranKejuruteraanTiadaAlat yang mengukur suhu objek panas dengan memfokus kepada sinaran terma yang dipancarkan oleh jasad itu. Sinonim: meter suhu tenaga sinaran; meter suhu sinaran.
irradiationpenyinaranPerubatanTiadaPenggunaan sinaran elektromagnet seperti sinaran alfa, beta, gama atau sinaran-x ke sesuatu struktur tertentu untuk tujuan rawatan.
irradiationpenyinaranPerubatanTiadaPenggunaan sinaran elektromagnet seperti sinaran alfa, beta, gama atau sinaran-x ke sesuatu struktur tertentu untuk tujuan rawatan.
additivityaditivitiKejuruteraanTiadaAditiviti: Penerimaan dos pelbagai jenis sinaran atau sinaran daripada pelbagai punca oleh isi padu tisu yang sama.
prompt radiationsinaran serta-mertaKejuruteraanTiadaSinaran yang dipancarkan dalam sela masa yang terlalu kecil untuk diukur seperti sinaran gama, sinar x cirian, elektron Auger, neutron serta-merta dan sinaran lain.
ultravioletultraunguGeologiTiadaSinaran ultralembayung iaitu sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang di antara 13 dan 397 nanometer.
effective radiationsinaran berkesanGeologiTiadaPerbezaan antara sinaran bumi inframerah yang keluar dari permukaan bumi dengan sinaran balas inframerah yang masuk dari atmosfera.
12345678910...

Kembali ke atas