Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.né.ma.to.gra.fi] | سينيماتوݢرافي

Definisi : (sinématografi) teknik mem­buat filem (wayang gambar), seni perfileman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sinematografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
USMAR ISMAIL

USMAR ISMAIL (1921-1971), wartawan, penulis dan pengarah filem Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Haji Usmar Ismail Sutan Mangkuto Ameh.  Dia lahir pada 20 Mac 1921 di Bukittinggi, Sumatera Barat.  Usmar Ismail berpendidikkan sekolah rendah Hollandsch-Inlandsche School (HIS), sekolah menengah Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), sekolah AMS-All Barat Klasik di Yogyakarta (1941), dan Sekolah Menengah Tinggi di Jakarta (1943).  Dia pernah mendalami pengetahuan tentang sinematografi di University of California, Los Angeles, Amerika Syarikat (1951-1952).

BUDAYATokoh
TURINO DJUNAEDITURINO DJUNAEDI (1927 -    ), pengarah, produser, penulis skrip dan usahawan Indonesia.  Dia lahir pada 6 Jun 1927 di Padangtiji, Aceh, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Teuku Djuned.  Dia mendapat pendidikan awal di Hollandsh-Inlandsche School (HIS), kemudian berpindah ke Sekolah Lanjutan Perguruan (SLP) pada tahun 1942.  Turino pernah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Solo, Jawa, tetapi tidak tamat.  Dia juga pernah mengikuti kursus Sinematografi dan Produksi Filem di Tokyo pada tahun 1964.BUDAYATeori/Teorem/Hukum

Kembali ke atas