Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.kap] | سيڠکڤ

Definisi : ; menyingkap, menyingkapkan 1.membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak­-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah me­nyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelit­belit); tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rah­sia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan penge­tahuan yg lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.kap] | سيڠکڤ

Definisi : ; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap ter­buka atau terangkat penutupnya; ter­selak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkap
Kata Terbitan : menyingkap, tersingkap,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Singkap rahsia diri P. RamleeRamlah MustafaUtusan Malaysia15.10.1994
Singkap rahsia haidMohd. Shariff Mat SaadHarian Metro18.06.1992
Singkap kelemahan pembangkangJamaludin ImanUtusan Malaysia13.05.1995
Congkak singkap misteri, budaya permainan tradisiFarihad Shalla MahmudBerita Harian25.06.2007
TV3 singkap sejarah bahasa MelayuAhmad Saufi MansorHarian Metro19.10.2000
Wahid singkap kemelut HIVAdam SallehMetro Ahad07.01.2001
Cikara singkap masyarakat materialistikKalsom ShamsudinBerita Harian11.10.1993
Anugerah singkap perjuangan UmnoTiadaBerita Harian10.10.1996
MPP singkap nostalgia silamAzman IsmailUtusan Malaysia02.01.1997
Hamzah singkap perjuangan seni untuk seniZairul Anuar Md DawamBerita Harian15.09.1997
123456

Kembali ke atas