Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.ka.tan] | سيڠکتن

Definisi : sesuatu yg di­singkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.ka.tan] | سيڠکتن

Definisi : sesuatu yg disingkatkan atau yg dipendekkan; kependekan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkat (adjektif)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan sekejap pendek, tidak lama,

2. Dalam konteks berita
bersinonim dengan ringkas, pendek,
Berantonim dengan panjang

3. Bersinonim dengan cetek: dangkal, sempit, picik, sontok, ciut,

Kata Terbitan : menyingkatkan, singkatan, kesingkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata: limpas Takrif: Br lalu di. Sumber: Kamus Dewan Edisi Empat 1. Apakah contoh ayat bagi penggunaan kata 'limpas'? 2. Apakah maksud singkatan 'Br' dalam takrif limpas? 3. Apakah capaian url untuk mengetahui senarai dan perkataan penuh bagi singkatan-singkatan yang digunakan di dalam Kamus Online DBP?Limpas ialah dialek Brunei (ditandai sebagai Br dalam Kamus Dewan) bermaksud lalu. Oleh itu, penggunaan perkataan limpas di tempat yang sesuai untuk menggantikan maksud lalu di seperti limpas di belakang kamu (lalu di belakang kamu). Untuk melihat maksud singkatan yang digunakan puan perlulah melihat di bawah ruangan Kependekan dalam Kamus Dewan, dan ruangan ini tidaklah boleh dicapai melalui ruang maya.Makna14.12.2012
Wajarkah singkatan NGO digantikan dengan BBK atau OBK (Badan Bukan Kerajaan, Organisasi Bukan Kerajaan)?

Singkatan NGO telah diterima pakai dan difahami sebagai singkatan kepada Badan Bukan Kerajaan dan tidak perlu mengubahnya kepada singkatan yang lain.  

Istilah05.03.2009
Singkatan bagi nama jenis tahun perlukah dijarakkan atau didekatkan? Contoh, 2015M/1436H atau 2015 M/1436 H?Penggunaan jarak yang betul ialah 2015M/1436HLain-lain16.09.2015
Singkatan EDITOR ILLUSTRATOR PENTERJAMAHAN PENYUSUN PENGARANG PERSEMBAHAN TIADA TEMPAT PENERBIT TIADA TARIKH PENULIS PENERBITEditor - Ed. Illustrator - Ilust. Penterjemah - Pent. Penyusun - Peny. pengarang - Peng. Tiada Tempat penerbit - t.t.p. (cadangan) Tiada tarikh - t.t. (cadangan)Penyemakan dan penterjemahan03.09.2013
singkatan yang betul bagi 'Yang Berbahagia' sama ada Y.Bhg. atau YBhg?Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg.Ejaan06.03.2007
Bilakah singkatan "YBrs." digunakan?Singkatan Yang Berusaha, YBrs. lazimnya digunakan bagi orang yang tidak bergelar tetapi penting dalam sesuatu acara seperti Tuan Pengetua dan Pengerusi Pertubuhan/Persatuan.Lain-lain24.10.2012
1)singkatan untuk 'pagi' 2)singkatan untuk 'petang'1)pg. 2)ptg.Ejaan29.11.2011
Bagaimana hendak tahu singkatan bahasa Melayu yang betul bagi perkataan Radhiallahu'anhu , Rahimahullah dan Hafidzullah ? Contohnya , singkatan bagi Sallallahualaihisalam adalah SAW .Singkatan  bagi perkataan Radhiallahu'anhu ialah r.a , Manakala Rahimahullah dan Hafidzullah tiada singkatan dan dieja penuh. Ejaan09.04.2020
Terima kasih untuk jawapan yang diberikan. Jawapan : ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat. Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Penggunaan yang betul ialah "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa" Saya faham dengan penggunaan yang betul tentang "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa." Namun terdapat penggunaan tidak lazim bagi singkatan "Ku" dalam lirik lagu, puisi dan sebagainya. Jadi manakah yang betul "Ku dicipta" atau "kudicipta"; "Ku berjalan" atau "Kuberjalan"; "Ku tertawa" atau "Kutertawa". Terima kasih.Untuk makluman, dalam penulisan karya sastera mempunyai "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan ialah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu.

Ejaan yang betul ialah "kudicipta", "kutertawa", "kuberjalan".
Tatabahasa17.06.2023
Zainab Abdullah Assalam admin ... mohon bantuan dan pengesahan pihak DBP berkenaan penggunaan singkatan 'pdp' seperti surat yg dilampirkan yang saya terima pagi ini melalui kumpulan whatsapp. Banyak kekeliruan timbul dalam kalangan guru yg mendpt penerangan berkaitan singkatan tersebut. Ada yg memaklumkan mereka mendpt penjelasan singkatan sebenar yg diterima pakai oleh pihak DBP ialah 'P&P. Terima kasih. SILA RUJUK SURAT YANG DIKELUARKAN OLEH DBP, no rujukan fail - DBP/323/600-2/3/17 K.4 (67) bertarikh 22 September 2016.Penjelasan kami adalah seperti isi kandungan surat berkenaan. Apabila ada keperluan menggunakan singkatan antara prinsip pembentukan singkatan termasuklah pemilihan huruf awal perkataan. Contohnya, huruf P, d dan P ialah huruf pertama bagi setiap perkataan dalam frasa “Pengajaran dan Pembelajaran”. Berasaskan prinsip inilah singkatan yang betul ialah “PdP”, sementelah singkatan ini telah mantap penggunaannya. Adapun bentuk yang lain, seperti “P&P” ialah bentuk yang tidak menepati rumus pembentukan singkatan kerana dalam teks bahasa Melayu, simbol tidak digunakan dalam frasa ataupun ayat.Ejaan27.09.2016
12345678910...

Kembali ke atas