Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ni] | سيني

Definisi : 1. = di sini di tempat ini: Mahkamah Tinggi di ~ telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua orang pemuda; 2. bp saya, aku: ~ tidak setuju dgn cadangan itu; ke sini ke mari: ia berlari ke sana dan ~; dikesinikan dibawa ke mari, dikemarikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ni] | سيني

Definisi : kata yg menunjukkan tempat yg dekat dgn orang yg bercakap: Dr sana ke ~. di ~ di tempat ini: Setem ada dijual di ~. ke ~ ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sini

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Jadi bapa kuda.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Eh, Kishan kamu di sini! Eh, Kishan! Kamu di sini. Eh, Kishan, kamu di sini! Penggunaan tanda baca yang mana satu baru betul. Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, tanda baca yang betul ialah Eh, Kishan kamu di sini!Lain-lain21.09.2021
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

Makna20.05.2023
Sini nak rujuk lagi sekali bagi makna perkataan 'mengamatkan' bagi ayat di bawah. Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak terkenal itu mengamatkan suasana di stadium itu. Adakah perkataan 'mengamatkan' dalam ayat di atas bermaksud meneliti? Atau memperhebatkan suasana? Harapkan penterjemahan perkataan itu dalam ayat itu.Terima kasih.Perkataan "mengamatkan" tidak tepat dalam konteks tersebut. Perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "menggamatkan" yang bermaksud menyebabkan gamat pada telinga, membisingkan, memekakkan, pekik sorak. Contoh ayat dengan penggunaan perkataan yang betul ialah Perlawanan kedua-dua pasukan bola sepak itu menggamatkan suasana di stadium itu.Lain-lain29.01.2021
Sini Laken ISN 6.17 PTG Salam Admin, bagaimana saya nak ketahui 140 istilah baharu BI-BM dari DBP... ada link web/portalBelum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. Kami amat menghargai kerjasama tuan dalam hal ini dan kami ucapkan terima kasih.Lain-lain21.08.2017
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008
Apakah terjemahan yang betul untuk 'Click here', klik di sini atau klik siniKedua-duanya boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
1. Saya dibawa ke sini. 2. Saya dibawa di sini. Ayah yang mana betul?Ayat yang betul ialah Saya dibawa ke sini.Tatabahasa05.11.2017
Salam DBP, "Klik di sini untuk penukaran akaun" atau "Klik di sini untuk pertukaran akaun" Penukaran atau pertukaran?Frasa yang betul ialah "Klik di sini untuk penukaran akaun".Tatabahasa15.07.2015
Saya panas di sana jadi saya datang untuk duduk di sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya duduk di sini kerana di sana panas." atau "Di sana panas, jadi saya duduk di sini."Lain-lain07.12.2022
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai?Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham.Sastera07.12.2016
12345678910...

Kembali ke atas