Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.no.nim] | سينونيم

Definisi : (Lin) kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti; bersinonim mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya: perkataan can­tik ~ dgn perkataan indah; mensinonimkan menganggap sama antara dua perkara atau benda: orang Melayu disi­nonimkan dgn agama ini; kesinoniman keadaan bersinonim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.no.nim] | سينونيم

Definisi : kata-kata yg sama atau yg hampir sama maknanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinonim (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kata seerti.


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah definisi polisemi dan homonimi?Bagaimana hendak membezakan keduanya? 2. Apakah definisi sinonim?Berikan contoh kata sinonim yang bukan sinonim dan apakah maksudnya?

Polisemi ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh perkataan ialah kepala yang boleh merujuk kepada orang, ketua samseng dan kepala kain sarung. Manakala makna homonimi pula ialah penggunaan sesuatu nama yang sebelum itu pernah digunakan dalam pengelasan, dan oleh yang demikian tidak sesuai digunakan.

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas.

 

Makna12.05.2009
sinonim yang bukan sinonim dalam bahasa melayu: pengaruh situasi penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya? polisemi dan homonimi dalam bahasa melayu: perkaitan makna yang sering mengelirukan pengguna bahasa?

Pertanyaan saudara ini memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana pusat sumber untuk membuat rujukan. Untuk makluman saudara, sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Penggunaan  perkataan yang sinonim adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti.

Polisemi sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepala (kain sarung)

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang ebrbeza. Contoh: semak (kaji) : semak (kusut)

Tatabahasa09.04.2009
Salam sejahtera, anak-anak didik saya pernah menghujani saya seribu satu kemusykilan tatabahasa. Antaranya berhubung dengan kata kerja transitif yang berawalan meN- and berapitan meN-...-kan. Contohnya: ... menunda sinonim dengan menangguhkan ... memupuk sinonim dengan menyemaikan ... membasmi sinonim dengan menghapuskan Soalnya, mengapakah KKtr menunda, memupuk dan membasmi tidak boleh menerima akhiran -kan walaupun membawa makna yang sama? Sekian, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana sememangnya contoh-contoh yang diberikan bersinonim. Akan tetapi, hanya bersinonim dalam kontes tertentu sahaja dan bukannya 100% peratus kerana ada perkataan yang membawa maksud yang sama dan ada juga yang tidak sama. Hal ini disebabkan, sesuatu perkataan itu mempunyai makna yang pelbagai.
Tatabahasa20.12.2016
Sinonim yang paling sesuai untuk perkataan 'lusuh'.Renyuk atau kumal.Lain-lain13.08.2008
1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya.1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya?

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik.


3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ;

 a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’.

b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja.

c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek.

d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’.

e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi.

f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim.

g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim.

h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya
.
Tatabahasa12.08.2013
Salam sejahtera. 1) Adakah perkataan 'baru' itu sinonim kepada 'baharu'? Tesaurus dalam carian atas talian (PRPM) hanya mengatakan 'rujuk "baru"' tetapi tidak secara terang menyatakan sekiranya kedua perkataan ini bersinonim antara satu sama lain. 2) Walau bagaimanapun, Kamus Inggeris-Melayu Dewan menakrifkan 'new' sebagai 'adj; baru, baharu' . Jadi, adakah ini bermakna 'baru' dan 'baharu' sinonim? 3) Sekiranya sinonim, apakah beza penggunaan kedua-duanya? Adakah secara formal/tidak formal atau ejaan standard/tidak standard, etc? Adakah ianya hanya perbezaan 'stylistic'. 4) Adakah salah sekiranya saya menulis 'Selamat Datang Mahasiswa dan Mahasiswi Baru' yakni tidak menggunakan 'baharu'? Terima kasih.Kata baru dan baharu bukan sinonim kerana sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, misalnya cantik dengan indah. Sebaliknya kata baru dan baharu dianggap sebagai varian (bentuk atau ejaan yang berlainan bagi perkataan yang sama) dalam bahasa Melayu. Seperti yang dimaklumi, Kamus-Inggeris-Melayu Dewan menakrifkan new sebagai baru dan baharu. Ini bermakna untuk frasa bahasa Inggeris seperti New Edition dan New Car boleh diterjemahkan kepada Edisi Baru atau Edisi Baharu dan Kereta Baru atau Kereta Baharu. Walau bagaimanpun dalam bahasa Melayu kata terbitan daripada kata baharu lebih produktif berbanding dengan kata terbitan daripada kata baru. Contohnya kata baharu menerbitkan kata membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan dan pembaharu; manakala kata baru menerbitkan kata baru-baru dan membarukan.Tatabahasa05.09.2011
Sinonim perkataan "pindaan" ialah pengiktirafan, penghapusan, pengubahan atau pengesahan?(4 pilih1)Sinonim bagi perkataan "pindaan" ialah perubahan, pertukaran, pergantian, pembetulan, perbaikan.

Oleh itu, antara perkataan pengiktirafan, penghapusan, pengubahan dan pengesahan, perkataan yang sinonim dengan "pindaan" ialah perubahan.
Lain-lain15.03.2022
Apakah sinonim bagi "mutiara kata"?Perkataan yang bersinonim dengan mutiara kata ialah kiasan kata dan kata hikmat.Tatabahasa14.08.2013
Apakah sinonim lain bagi vaksinPerkataan lain untuk vaksin ialah benih cacar.Istilah09.06.2009
Makna sinonim kata kerja?Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Sesuatu perkataan utama dan binaan frasa kerja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa18.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas