Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.tak.sis] | سينتکسيس

Definisi : pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.tak.sis] | سينتکسيس

Definisi : ist ilmu atau kajian ttg susunan kata dlm ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sintaksis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan sintaksis?Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 339 hingga 357.Tatabahasa03.07.2011
apakah permasalahan sintaksis yang dapat dibincangkan dalam struktur ayat bahasa Melayu? selain itu juga permasalahan sintaksis yang terdapat dalam dialek seperti dialek kedah, terengganu dan dialek lain.Menurut Kamus Dewan, sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. bagi membantu saudara menjawab permasalahan di atas, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku sintaksis bahasa Melayu atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut.Tatabahasa07.08.2007
Ingin mengetahui maksud "sintaksis" dan kepentingannya di dalam pengkajian dan mutu bahasa

Sdr. Sham, makna sintaksis adalah seperti yang diberikan di bawah. Bagi soalan kedua dari segi kepentingannya dalam pengkajian saya harap Sdr. boleh merujuk buku tatabahasa yang berkaitan dengan sintaksis yang ditulis oleh Prof. Dato' Asmah Hj. Omar. Terima kasih kerana menggunakan KNBDBP. 

  • Sintaksis ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat.
Tatabahasa28.02.2009
Apakah morfologi dan sintaksis? Apakah contoh-contoh yang boleh menerangkan morfologi dan sintaksis? Bolehkah saya mendapatkan nota penuh mengenai kedua-dua tajuk tatabahasa bahasa melayu tersebut?

Puan Fatin Izzati,

Morfologi ialah bidang bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Untuk mendapatkan nota penuh tentang perkara ini saudara perlu memilki buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Menara DBP, KL atau di kedai wakil penjual buku DBP di tempat saudara.   

 

Tatabahasa09.01.2010
Tuan yang dihormati, Saya ingin tahu dengan lebih mendalam tentang SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU. Sekian Terima kasih! Soh He HongSintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sintaksis saudara bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan Nahu Melayu Mutakhir terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa10.01.2008
apakah sintaksisSistaksis bermaksud pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat.Makna30.09.2015
sintaksis bahasa melayu

Sintaksis bahasa Melayu bermaksud pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dan sebagainya) tentang susunan kata dlm ayat bahasa Melayu.

Tatabahasa02.07.2008
apakah maksud sintaksis

Sdr. Nadih terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sintaksis bermakna ayat.

Istilah20.10.2009
1.perbezaaan morfologi dan sintaksis?Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan dalam suatu bahasa. Untuk makluman saudara, sintaksis pula merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara dapat membuat perbezaan antara morfologi dan sintaksis. Bagi membantu, saudara juga boleh membuat rujukan pada bUku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa17.07.2007
Takrif kesalahan tatabahasa dari segi morfologi, sintaksis, dan semantik beserta punca-puncanya.Kesalahan tatabahasa dari aspek morfologo, sintaksis dan semantik boleh ditakrifkan sebagai kesalahan dalam pembentukan kata, susunan kata dalam ayat dan makna perkataan. Untuk maklumat lengkap (termasuklah punca berlakunya kesalahan itu) sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan tentang tajuk berkenaan. Tatabahasa22.02.2009
12345678

Kembali ke atas