Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.té.sis] | سينتيسيس

Definisi : (sintésis) 1. proses menyatukan pel­bagai unsur, bahagian, bahan, dsb menjadi sua-tu kesatuan atau keseluruhan yg kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan; 2. suatu keseluruhan yg kompleks yg terdiri drpd pel­bagai unsur, bahan, dsb; 3. cara mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yg khusus; mensintesiskan melakukan sintesis, menyatu­kan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.té.sis] | سينتيسيس

Definisi : /sintésis/ 1 ist paduan beberapa unsur (sebatian dsb) utk membentuk sebatian lain yg lebih kompleks. 2 kesimpulan umum yg dibuat ber­dasarkan andaian (hukum dsb) yg lebih khusus. mensintesiskan meng­gabungkan atau memadukan unsur, sebatian dsb, terutamanya secara kimia, utk membentuk sebatian yg lebih kompleks. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sintesis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regional synthesissintesis kawasan; sintesis wilayahGeografiTiadaTiada
de novo synthesissintesis de novoKimiaBiokimiaSintesis makromolekul sesuatu pendulu seperti sintesis protein bagi asid amino. Sintesis ini merupakan suatu proses yang mudah dan berlainan daripada proses anabolik atau katabolik.
nanoscale synthesissintesis nanoskalaFizikNanoteknologiSintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser.
synthesissintesisKesusasteraanTiadaPenggabungan pelbagai unsur untuk menjadikannya satu kesatuan yang kompleks. Dalam penulisan kreatif, sintesis merujuk kepada penggabungan pelbagai unsur seperti bahasa, pengalaman, imaginasi, dan nilai untuk menjadikannya satu kesatuan. Dalam kritikan sastera, sintesis bermaksud kajian yang dibuat ke atas kepelbagaian unsur dalam karya, dan hubung kait antaranya. Sintesis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �meletakkan bersama�.
anabolismanabolismeVeterinarTiadaSintesis sebatian kompleks daripada unsur-unsur yang ringkas, misalnya sintesis kanji daripada gula ringkas semasa proses fotosintesis dan sintesis protein daripada asid amino. Lihat juga katabolisme, metabolisme.
Oxyl synthesissintesis OxylKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses ubahsuaian sintesis Synthol dengan keadaan tindak balas pada julat suhu 180�C hingga 200�C dan julat tekanan 2 MPa hingga 5 MPa dengan menggunakan mangkin besi termendap untuk menghasilkan alkohol berantai lurus serta sebatian teroksigen. Pecahan penukaran 95% sintesis ini adalah berdasarkan karbon monoksida.
stringent responsegerak balas ketatBiologiGenetikPengawalaturan sintesis protein apabila terdapat kekurangan asid amino dalam persekitaran sesuatu organisma. Kadar sintesis protein akan terencat dengan penurunan penghasilan komponen sintesis protein, seperti rRNA, tRNA dan lain-lain.
hydrothermal synthesissintesis hidrotermaGeologiTiadaSintesis mineral dalam kehadiran air panas.
asymmetric synthesissintesis tak simetriKimiaTiadaSintesis yang menghasilkan secara langsung sebatian aktif secara optik.
Synthol synthesissintesis SyntholKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses sintesis Fischer-Tropsch yang dikendalikan pada julat suhu 400�C hingga 450�C dan lingkungan tekanan 14 MPa dengan menggunakan mangkin besi beralkali, untuk menghasilkan sebatian teroksigen.
12345678910...

Kembali ke atas