Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.té.tik] | سينتيتيک

Definisi : (sintétik) bkn bahan yg disediakan drpd bahan kimia atau bahan tiruan (bukan drpd sumber semula jadi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.té.tik] | سينتيتيک

Definisi : /sintétik/ (bkn sesuatu bahan) disediakan drpd bahan kimia atau bahan tiruan, iaitu bukan drpd sumber semula jadi: getah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sintetik
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :tiru, tiruan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alexandritealeksandritGeologiTiadaSpinel sintetik atau nilam sintetik bak aleksandrit.
synthetic detergentdatergen sintetikKimiaTiadaBahan yang mempunyai tindakan pembersih tetapi tidak diterbitkan terus daripada asid lemak. Detergen sintetik ialah egen aktif permukaan, dan mempunyai kumpulan tak berkutub di satu hujungnya. Kumpulan berkutub detergen sintetik biasanya terdiri daripada natrium sulfonat atau natrium sulfat. Detergen sintetik lebih baik daripada detergen biasa kerana dapat bertindak baik dengan air liat.
latexlateksKejuruteraanPolimerLarutan ampaian polimer yang berkoloid, sama ada polimer sintetik atau asli. Secara sintetik, lateks diperolh daripada pempolimeran emulsi, Lateks jenis ini biasa digunakan sebagai cat atau bahan penyalut. lateks asli pula diperoleh daripada cairan pokok seperti pokok Hevea brasiliensis dan tumbuhan lain. Getah asli diperoleh daripada lateks asli.
anabolic steroidsteroid anabolikFarmasiFarmakologiKumpulan bahan yang berasal dari bormon seks lelaki (testosteron) atau dihasilkan secara sintetik (terbitan testosteron sintetik:) yang mempunyai kesan anabolik yang kuat dankesan androgenik yang lemahsecara relatif.Steroid anabolik digunakan secara klinikal terutamanya untuk menggalakkan penyimpanan protein serta pertumbuban dan pembaikan tisu-tisubadan atau keadaan yang menggalakkan katabolisme atau pembaziran tisu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan badan secara umum, menghalang kesan estrogen endogenus atau mengalakkan kesan m.askulin (menyebabkan pertumbuhan tisu otot). Kesemua steroid anabolik menyebabkan kesan androgenik-anabolik yang bercampur-campur. Steroid anabolik digtmakan untuk merawat anemia aplastik, aplasia sel-merah dan anemia hemolitik, serta anemia yang berkait dengan kegagalan buah pinggang dan leukemia. Rawatan menggunakan steroid anabolik perlu dielakkan sekiranya diketahui tahap hipersensitiviti pesak:it, semasa kehamilan dan penyak:it serius yang berkaitan jantung, hati dan buah pinggang. Antara kesan buruk penggunaannya ialah akne, pertumbuhan bulu muka, dan suara menjadi garau serta dalam. Penggunaan yang berterusan oleh wanita boleh menyebabkan pembentukan otot yang nyata dan hirsutisme.
synthetic rubbergetah sintetikKimiaTiadaGetah buatan yang mempunyai ciri yang memyerupai ciri getah asli, seperti kekenyalan dan keupayaan untuk tervulkan. Getah sintetik lazimnya dihasilkan daripada pempolimeran atau pengkopolimeran sebatian terbitan petroleum. Misalnya, getah etilenapropilenadiena (EPDM) dan getah butil. getah sintetik digunakan untuk membuat paip wap, paip minyak, dan tayar. Sin getah tiruan.
industrial chemicalsbahan kimia perindustrianEkonomiTiadaPembuatan barang kimia untuk kegunaan industri, termasuk kimia asas organik dan bukan organik, baja, ubat serangga, resin sintetik dan getah sintetik , tetapi tidak termasuk barang-barang plastik, memintal dan menenun tekstil tiruan buatan manusia, cat, ubat-ubatan, alat kosmetik dan sabun.
synthetic fibregentian sintetikKimiaTiadaGentian yang diperbuat daripada polimer berberat molekul tinggi seperti poliamida, poliester, akrilik dan poliolefin. Gentian sintetik lazimnya digunakan dalam industri tekstil. Misalnya, nilon.
synthetic oilminyak sintetikKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak pelincir buatan yang lebih berkualiti berbanding minyak pelincir mineral tulen yang berasaskan petroleum. Minyak sintetik lebih tahan pada suhu yang tinggi dan kurang likat pada suhu yang rendah berbanding minyak mineral tulen.
polyester fiberserat poliesterKimiaForensikNama generik untuk serat sintetik. Serat ini boleh dibentuk daripada sebarang polimer sintetik rantai panjang yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 85% (mengikut berat) ester daripada alkohol dihidrik dan asid tereftalik.
styrenebutadiene rubbergetah stirena-butadienaKimiaTiadaGetah sintetik yang diperbuat secara pengkopolimeran bermangkin tiga bahagian butadiena dengan satu bahagian stirena. Mangkin yang lazim digunakan ialah peroksida. Getah ini paling banyak digunakan berbanding dengan getah sintetik yang lain. getah stirena-butadiena digunakan untuk membuat tayar, kasut, pelapik dan perekat.
12345678910...

Kembali ke atas