Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj kerang-kerangan (binatang lunak) yg berkulit keras; jenis-jenisnya: ~ akik sj siput yg dibuat perhiasan; ~ asin sj siput yg telah diasinkan; ~ babi sj siput, Achatina; ~ kemudi, Atrina spp.; ~ mutia ibu mutiara; ~ pahat, Cultellus spp.; ~ piring, Placuna pla­senta; ~ sudu, Chromytilus chorus; ~ memuji buntut prb sifat memuji diri sendiri; tak tahu akan ~ empuk prb orang yg terlalu bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj sanggul (rambut perempuan); bersiput memakai siput (sbg perhiasan rambut): kawan saya tidak pernah memakai gincu atau bedak dan rambutnya ~ sahaja; menyiput (sedang) menggulung rambut utk membuat siput: rambutnya yg panjang sam­pai ke punggung itu segera disiputnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung gua, Myophones falvirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : binatang lunak yg berkulit keras dan terdiri drpd berbagai-bagai jenis. ~ babi siput yg merosakkan tanam-tanaman, Achatina fulica. ~ laut siput yg hidup di laut dan ada yg boleh dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj sanggul yg bentuknya spt siput I. bersiput memakai siput sbg perhiasan rambut: Rambutnya ~ bulat. menyiput menggulung rambut utk membuat siput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siput

Puisi
 

Sakit kaki ditikam siput,
     Siput ada dari seberang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Dengar-dengar tunang orang.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tak tahu akan siput empuk.

Bermaksud :

Orang yang terlalu bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai.Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput.Tatabahasa17.05.2010
Asssalamualaikum, Ayat manakah yang betul? 1. Siput itu mengesot di celah batu. 2. Siput itu mengengsot di celah batu.Ayat yang betul ialah Siput itu mengengsot di celah batu.Tatabahasa23.05.2012
Salam sejahtera tuan. Bolehkah gunakan 'mengutip cangkerang siput di pantai." adakah kulit siput sama dengan cangkerang ? sekian terima kasih.Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, cangkerang ialah kulit luar yg keras (pd kerang dll). Oleh itu, cangkerang boleh digunakan. Makna03.08.2011
Apakah penjodoh bilangan untuk kepah, siput, remis?Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang.Tatabahasa28.08.2012
Fungsi -nya ialah kata ganti nama diri ketiga, perkataan "memasukkannya" dalam ayat: "Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik." perlu tukar "memasukkannya" kepada "dimasukkannya" menjadi ayat : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu dimasukkannya ke dalam beg plastik?Perkataan dimasukkan digunakan dalam ayat pasif seperti "kulit siput dimasukkan oleh Siti ke dalam beg plastik".Tatabahasa24.06.2014
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik.Ayat yang betul ialah ayat kedua.

Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik.
Tatabahasa21.06.2014
Apakah kata kerja yang digunakan ke atas pergerakan cacing tanah dan siput? Merayap atau merangkak?Kata kerja merayap paling sesuai untuk menggambarkan pergerakan cacing dan siput. Merayap merujuk perbuatan berjalan (untuk binatang kecil spt semut dll).Lain-lain29.10.2008
1. Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan 'mengengsot' dalam Bahasa Inggeris. Dalam konteks penggunaan "bergerakan siput ialah mengengsot". What is the 'mengengsot' word in English? (Is it 'mengengsot' or 'mengesot'?) 2. Kalau perkataan Inggeris "slither" - apa terjemahannya dalam Bahasa Malaysia? 3. Bolehkah digunakan pergerakan 'slither' untuk siput? Atau binatang apa yang paling sesuai untuk menunjukkan pergerakan 'slither'? Harap bantu. Dah cari di Carian Kata untuk terjemahan tetapi tidak jumpa. Sekian, terima kasih

1. Lazimnya bahasa Inggeris menggunakan perkataan “crawl” untuk menunjukkan pergerakan siput.

2. Padanan bahasa Melayu untuk slither ialah menyelinap. (Contoh ayat: a snake was slithering through the bushes, seekor ular menyelinap di dlm semak.)

Sekian. Terima kasih.
Istilah13.06.2017
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kerang, kepah dan siput sedut ? (Biji, ketul atau ekor) Adakah SEMUA haiwan penjodoh bilangannya 'ekor'?Tiada penjodoh bilangan khusus bagi kerang, kepah, siput dan sebagainya. Kerang biasanya diukur melalui bekas untuk meletakkannya seperti sepinggan kerang, semangkuk kerang, atau sekilo kerang.Tatabahasa28.04.2010
Salam sejahtera. Pohon pencerahan. i. Yang manakah antara object berikut mempunyai huruf awalan yang sama? ii. Yang manakah antara berikut mempunyai huruf awalan yang sama? iii. Antara gambar berikut, yang manakah gambar bermula dengan huruf yang sama dengan " siput "? iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan " siput"? i dan ii, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? iii dan iv, manakah satu bentuk soalan lebih tepat? Terima kasih.Soalan yang betul:
i. Yang manakah antara objek berikut mempunyai huruf awalan yang sama?
iv. Antara gambar berikut, yang manakah bermula dengan huruf yang sama dengan "siput"?

Lain-lain16.01.2018
12

Kembali ke atas