Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj kerang-kerangan (binatang lunak) yg berkulit keras; jenis-jenisnya: ~ akik sj siput yg dibuat perhiasan; ~ asin sj siput yg telah diasinkan; ~ babi sj siput, Achatina; ~ kemudi, Atrina spp.; ~ mutia ibu mutiara; ~ pahat, Cultellus spp.; ~ piring, Placuna pla­senta; ~ sudu, Chromytilus chorus; ~ memuji buntut prb sifat memuji diri sendiri; tak tahu akan ~ empuk prb orang yg terlalu bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj sanggul (rambut perempuan); bersiput memakai siput (sbg perhiasan rambut): kawan saya tidak pernah memakai gincu atau bedak dan rambutnya ~ sahaja; menyiput (sedang) menggulung rambut utk membuat siput: rambutnya yg panjang sam­pai ke punggung itu segera disiputnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung gua, Myophones falvirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : binatang lunak yg berkulit keras dan terdiri drpd berbagai-bagai jenis. ~ babi siput yg merosakkan tanam-tanaman, Achatina fulica. ~ laut siput yg hidup di laut dan ada yg boleh dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj sanggul yg bentuknya spt siput I. bersiput memakai siput sbg perhiasan rambut: Rambutnya ~ bulat. menyiput menggulung rambut utk membuat siput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siput

Puisi
 

Sakit kaki ditikam siput,
     Siput ada dari seberang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Dengar-dengar tunang orang.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tak tahu akan siput empuk.

Bermaksud :

Orang yang terlalu bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bilak buai Bj Spcincin belah rotan.Di bahagian tangan dan kaki penari-penari wanita, juga dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu iaitu di bahagian tangan dihiasi dengan gelang sulau yang diperbuat daripada kulit-kulit kerang atau siput-siput laut, cincin emas bentuk bilak buai dan di jari-jari pula dihiasi dengan selingkuku, iaitu sejenis sarung kuku yang diperbuat daripada logam jenis suasa.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buri Ibkulit siput.Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rangki Ibkulit siput laut yang kecil.Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang. Dia lalu berjalan melalui jalan tepian.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kromboi Bd, Sksejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering.Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit.Pedoman RakyatGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
simbong langkan Bj, Slsanggul siput yg terletak benar-benar di bahagian atas kepala.Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. Simbong langkan menayangkan leher jinjangnya yang putih kuning.Sejambak bunga emasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bobogon Kdsejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat.Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas