Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj kerang-kerangan (binatang lunak) yg berkulit keras; jenis-jenisnya: ~ akik sj siput yg dibuat perhiasan; ~ asin sj siput yg telah diasinkan; ~ babi sj siput, Achatina; ~ kemudi, Atrina spp.; ~ mutia ibu mutiara; ~ pahat, Cultellus spp.; ~ piring, Placuna pla­senta; ~ sudu, Chromytilus chorus; ~ memuji buntut prb sifat memuji diri sendiri; tak tahu akan ~ empuk prb orang yg terlalu bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj sanggul (rambut perempuan); bersiput memakai siput (sbg perhiasan rambut): kawan saya tidak pernah memakai gincu atau bedak dan rambutnya ~ sahaja; menyiput (sedang) menggulung rambut utk membuat siput: rambutnya yg panjang sam­pai ke punggung itu segera disiputnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung gua, Myophones falvirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : binatang lunak yg berkulit keras dan terdiri drpd berbagai-bagai jenis. ~ babi siput yg merosakkan tanam-tanaman, Achatina fulica. ~ laut siput yg hidup di laut dan ada yg boleh dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.put] | سيڤوت

Definisi : sj sanggul yg bentuknya spt siput I. bersiput memakai siput sbg perhiasan rambut: Rambutnya ~ bulat. menyiput menggulung rambut utk membuat siput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siput

Puisi
 

Sakit kaki ditikam siput,
     Siput ada dari seberang;
Sakit hati rasa nak ikut,
     Dengar-dengar tunang orang.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tak tahu akan siput empuk.

Bermaksud :

Orang yang terlalu bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
08 11:48:47 AM 277 detrivore (detrivor) Organisma pemakan detritus, seperti lipas, anai-anai dan gonggok yang boleh dijumpai dalam sarap, serangga di permukaan air tawar, serta cacing tanah, siput dan ketam di muara sungai. (BIO) detrusor (detrusor) Struktur atau otot yang dapat menolak sesuatu ke bawah. Contohnya, otot pun- di kencing. (UBAT) deuterocerebrum (deuteroserebrum) Lihat deutocerebrum. (BIO) deutocerebrum (deutoserebrum serangga yang berkait rapat dengan perubahan keadaan atmosfera, tetapi kadangkala disebab- kan oleh ritma naluri atau kekurangan makanan. (BIO) diapause (diapaus) Pengurangan kadar metabolisme dan pelambatan perkembangan pada krusta- sea, siput dan lain-lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan perubahan ber- musim, tetapi kadangkala boleh juga terjadi akibat ritma dari dalam. Keadaan ini mungkin menyerupai penghibernatan biasa, tetapi dalam sesetengah kes

Kembali ke atas