Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj siput, Achatina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : siput yg merosakkan tanam-tanaman, Achatina fulica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siput babi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Dari mana datangnya nama 'siput babi'? Kenapa ia diberi nama itu?Kami tidak menjawab persoalan seperti ini. Tuan boleh merujuk www.google.com untuk maklumat lebih lanjut tentang soalan ini. Untuk sebarang persoalan seperti makna kata dan huraian dalam bahasa Melayu, tuan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my Lain-lain04.12.2015
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
Buku text Tadika 3Q dengan gambar Kerang yang belum terbuka yang di letak dalam bakul, di gelar CENGKERANG Saya berdebat dengan guru tadika, bahawa itu Kerang, bukan Cengkerang, kalau Cengkerang, itu seharusnya kerang atau siput yang dah mati cuma tinggal cengkerang Harap pihad DBPM memberi nasihatUntuk makluman, ejaan yang betul ialah cangkerang. Ia membawa maksud kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). Ini bermakna, cangkerang bukannya mewakili kerang atau siput yang telah mati sahaja, tetapi untuk yang masih hidup juga. Untuk lebih jelas boleh rujuk di sini.Lain-lain03.08.2015

Kembali ke atas