Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ra] | سيرا

Definisi : sl beliau, engkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ra] | سيرا

Definisi : = gula ~ gula yg telah dicairkan (utk digaulkan atau disalut pd kuih dsb); bersira sudah (telah) disira: dia meng­hidangkan kerepek ubi goreng yg ~ dgn gula; menyira menggaul atau menyalut kuih dsb dgn gula yg telah dicairkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ra] | سيرا

Definisi : Br garam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ra] | سيرا

Definisi : , = gula ~ gula yg dicairkan utk digaulkan pd kuih. menyira menggaul kuih dgn gula yg telah dicair­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sira
Bahasa Asal :sastera lama
Rujuk :anda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi "jelly crystals" dalam ayat di bawah ini. Melalui semakan ia dipadankan dengan "hablur jeli" tetapi ayat di bawah ini menggunakan padanan "lengkong sira". Table confection 139. (1) In these Regulations, “table confection” means any preparation including jelly crystals that is suitable and intended for use as a dessert or for ready conversion into a dessert and for which no other standard is prescribed in these Regulations. Konfeksi sajian 139. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “konfeksi sajian” ertinya apa-apa sediaan termasuk lengkong sira yang sesuai dan hendak digunakan sebagai pencuci mulut atau yang sedia ditukar menjadi pencuci mulut dan yang mengenainya tiada apa-apa standard lain ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


jelly crystal - hablur jeli; hablur lengkong


"jelly" merujuk kepada jeli; lengkong. 
"crystal" merujuk kepada hablur, iaitu bahan pepejal yang mempunyai bentuk tertentu disebabkan molekulnya tersusun mengikut pola tertentu yang disebut kekisi.


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain04.06.2021
Assalamualaikum. Nama saya Nurin Rasyiqah binti Rizal. Saya memerlukan salinan bercetak Lembar Bahasa terbitan DBP. Sehubungan dengan itu,saya mohon kerjasama pihak tuan untuk hantar salinan bahan berkenaan kepada saya di alamat berikut: Maktab Rendah Sains MARA, Jalan Tok Sira,Alor Akar, 25050 Kuantan, Pahang Darull Makmur Untuk makluman pihak tuan bahan tersebut akan saya kongsi bersama dengan rakan-rakan tingkatan tiga kelas saya. Sekian terima kasih.Untuk lembar bahasa, mohon tuan/puan rujuk pautan ini: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/72Lain-lain19.02.2019

Kembali ke atas