Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ra] | سيرا

Definisi : sl beliau, engkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ra] | سيرا

Definisi : = gula ~ gula yg telah dicairkan (utk digaulkan atau disalut pd kuih dsb); bersira sudah (telah) disira: dia meng­hidangkan kerepek ubi goreng yg ~ dgn gula; menyira menggaul atau menyalut kuih dsb dgn gula yg telah dicairkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ra] | سيرا

Definisi : Br garam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ra] | سيرا

Definisi : , = gula ~ gula yg dicairkan utk digaulkan pd kuih. menyira menggaul kuih dgn gula yg telah dicair­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sira
Bahasa Asal :sastera lama
Rujuk :anda


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRA

SIRA, proses menyalut kuih yang tawar dengan gula yang telah dicairkan.  Apabila gula yang disiram itu sejuk, ia menjadi keras seperti yang terdapat pada kuih keria.  Antara kuih-muih yang disira ialah gegetas dan kuih kering.  Kuih-muih ini dimasak terlebih dahulu dan disira dengan gula untuk memberi dan menambahkan rasa manis.  Semua kuih yang disira adalah keras dan rangup.  Di Kelantan, `sira’ bermaksud gula yang dimasak pekat atau kering bersama buah-buahan seperti sukun, kundur dan lain-lain seperti yang terdapat dalam sira buah sukun dan sira kundur kulit limau.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas