Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.rah] | سيره

Definisi : Mn merah: matanya itu ~ spt bunga raya; tanah ~ kubur yg baharu; tersirah; mendapat tanah ~ ki a) mati; b) menjumpai mayat yg telah ditanam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rah] | سيره

Definisi : Ar kisah, riwayat atau perjalanan hidup seseorang nabi atau rasul; ~ Nabi kisah atau riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil hinggalah baginda wafat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rah] | سيره

Definisi : riwayat atau kisah hidup seseorang nabi atau rasul. ~ Nabi riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil hingga baginda wafat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT PERKHIDMATAN SUNNAH DAN SIRAH NABI

Pusat Perkhidmatan Sunnah dan Sirah

Nabi ialah pusat yang ditubuhkan untuk

mengumpul dan menjaga manuskrip, buku-buku

yang telah dicetak, dokumen dan maklumat yang

berkaitan dengan sunnah dan sirah Rasulullah

s.a.w. untuk memberi kemudahan kepada para

pengkaji. Pusat yang terletak di Madinah al-

Munawwarah di Arab Saudi ini ditubuhkan pada

tahun 1406 H./1986 M., di Universiti Islam Madinah

dengan kerjasama Pusat Percetakan al-Qur’an ( al-

Mushaf al-Syarif) al-Malik Fahd.

UMUM 
MUNAWIY, MUHAMMAD AL-

Munawiy, Muhammad al- (952 H.–1031 H./

1554 M.–1622 M.), pakar bahasa yang mahir dalam

pelbagai bidang ilmu. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd al-Ra’uf Taj al-‘Arifin. Dia

banyak melakukan kajian dan penulisan sehingga

jatuh sakit dan tidak berdaya. Anaknya, Taj al-Din

Muhammad menyambung tugasnya dengan

menulis hasil karyanya. Al-Munawiy menetap di

Kaherah dan meninggal dunia di sana. Dia berjaya

menghasilkan kira-kira 80 buah buku. Antaranya

ialah Kunuz al-Haqa’iq, Fayd al-Qadir, Sharh al-Jami‘

al-Saghir, Mukhtasar al-Taysir, Sharh Shama’il al-

Tarmidhiy, Sirah ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, Sharh

Alfiyyah al-‘Iraqiy, Sharh al-Qamus al-Muhit dan

lain-lain lagi.

UMUM 

Kembali ke atas